Lim Sian See – Tindakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah, Stephen Wong, mahu kerajaan mengakui membayar tebusan kepada penculik atau mengumumkan pihak yang mendapat sumbangan dari wang kutipan tersebut merupakan satu tindakan pengkhianatan ke atas negara dan keselamatan rakyat.
Pada April lalu empat orang rakyat Malaysia berketurunan Cina dari Sarawak telah diculik oleh Militia Abu Sayaf di peraiaran Sabah. Mereka menuntut wang tebusan sebanyak RM 12 juta.
Keempat-empat orang ini dibebaskan pada 8 Jun 2016. Keluarga mangsa culik dilaporkan membayar RM 12 juta menerusi kerajaan Malaysia pada 24 Mei 2016.
Apabila pihak polis ditanya mengenai hal ini tentulah mereka menafikan membayar wang tebusan. Tidak ada pihak berkuasa atau mana-mana negara akan mengakui mereka membayar pampasan untuk penculikan apatah lagi kepada pengganas.
Kalau diikut prosedur keselamatan pihak berkuasa tidak akan melakukan apa-apa rundingan rasmi dengan pengganas, apatah lagi membayar pampasan. Jika mana-mana negara secara terbuka mengakui mereka membayar wang tebusan ia hanya mengundang lebih banyak penculikan dan permintaan wang tebusan.
Perkara ini sepatutnya diselesaikan secara tertutup antara pihak berkuasa yang bertanggungjawab memegang wang tersebut dengan ahli keluarga terbabit.
Tindakan ahli keluarga mangsa membuat kenyataan akhbar mengakui membayar RM 12 juta akan mengundang lebih banyak penjenayah memerhati keluarga mereka dan akan mengambil peluang menculik bagi mendapatkan wang.
DAP sepatutnya boleh membezakan antara politik dengan isu yang membabitkan sensitiviti keselamatan rakyat negara ini. Malangnya ini tidak berlaku.
Pada masa akan datang jika berlaku lagi penculikan di kalangan kaum DAP, elok kerajaan biar DAP sahaja uruskan.