Sertai Pakatan Pembangkang Jika Tidak Mahu ‘Bungkus’ Di Selangor, Perak & Hilang Kelantan, Amaran Kit Siang Kepada PAS

AIDCNews – 21/6/16 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini memberi amaran jika PAS kekal bersendirian dan tidak menyertai pakatan pembangkang, parti Islam itu dijangka akan ‘bungkus’ di Selangor dan Perak serta bakal kehilangan pemerintahan di Negeri Kelantan.

Ramalan Kit Siang itu dibuat berdasarkan jumlah undi yang diperolehi PAS di Sungai Besar (6,902 undi) dan Kuala Kangsar (5.684 undi) pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu lalu.

“PAS memperolehi 18,296 undi di Sungai Besar dan 13,136 undi di Kuala Kangsar pada PRU 2013.

“Mereka kehilangan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar dalam PRK lalu,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini, yang membandingkan jumlah undi PAS ketika berada dalam gabungan pembangkang-Pakatan Rakyat- dan di luar gabungan itu.

Kit Siang menegaskan PAS hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU ke-13 disebabkan faktor sokongan DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat.

Menurutnya, jika PAS terus kekal bersendirian parti Islam itu diramalkan akan bungkus di Selangor dan Perak pada PRU 14.

“PAS akan menyusut daripada mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor, dan lima kerusi di Perak pada PRU ke-13 sehingga langsung tidak mempunyai kerusi, sepertimana yang berlaku dalam tahun 2004.

“Pada PRU ke-14, PAS Kelantan bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun di bawah (Almarhum) Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar,” katanya memberi peringatan.

Advertisements

One thought on “Sertai Pakatan Pembangkang Jika Tidak Mahu ‘Bungkus’ Di Selangor, Perak & Hilang Kelantan, Amaran Kit Siang Kepada PAS

  1. kalau isu yang cuba diketengahkan LKS adalah tentang pengekalan/penambahan kerusi dan kuasa, adalah lebih lojikal buat Pas masuk barisan kerana dengan itu bukan saja kerusi dan kuasa kekal malah mungkin bertambah. ini kerana antara barisan dan pakatan, barisan mampu menyajikan lebih banyak peluang untuk Pas dapat lebih dari yang sekarang.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s