Lantik Segera Tun Mahathir Sebagai Penasihat Umum PAN – Negara Pakatan Rakyat

AIDCNews – 21/6/16 – Laman pro pembangkang, Negara Pakatan Rakyat menggesa agar Tun Dr Mahathir Mohamed dilantik segera sebagai Penasihat PAN untuk memperkukuhkan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umumke-14 (PRU 14).

“Bagi kebanyakan jentera Amanah, mereka cukup berterima kasih dengan jentera dan bantuan pemimpin DAP dan PKR yang dilihat bertungkus lumus memastikan calon Amanah berjaya memenangi kerusi-kerusi ini terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamed yang bertungkus lumus membanti menaikkan imej Amanah dikalangan warga Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Tanpa bantuan dan kerjasama antara Tun Mahathir bersama-sama Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamed Sabu, agak sukar juga Amanah mahu memecah monopoli PAS dan BN. Malah, kerjasama antara dua tokoh hebat dan penting ini sedikit sebanyak telah menggentarkan BN sehingga memaksa ramai sekali Menteri di kalangan pemimpin BN turun ke lokasi.

“Oleh yang demikian, hampir semua ahli Amanah mendesak kepimpinan parti untuk melantik Tun Mahathir selaku Penasihat Umum Amanah yang sehingga kini masih belum lagi diisi,”gesa laman itu.

Memetik sokongan akar umbi PAN, laman itu berkeyakinan hanya dengan pelantikan Tun Mahathir sebagai penasihat PAN akan memperkukuhkan parti itu berdasarkan pengalaman beliausebagi Perdana Menteri selama 22 tahun

“Menurut mereka, dengan perlantikan Tun Mahathir sahajalah, Amanah dapat bertindak lebih baik setelah kepimpinan parti mendapat nasihat terus daripada Tun M. Ini memandangkan kredibiliti Tun Mahathir yang berjaya mentadbir negara selama 22 tahun dan pastinya, pengalaman yang beliau ada akan memantapkan Amanah.

“Tambahan pula, Tun Mahathir sudah tidak lagi terikat dengan UMNO dan sebarang tindakan awal mengikat Tun Mahathir akan membawa kebaikan kepada Amanah.

“Tun Mahathir nyata bukan sebarang individu dimana dibelakang beliau terdapat jutaan ahli UMNO yang akan kekal setia dibelakang Tun Mahathir.

“Andai Tun Mahathir memilih Amanah dan seterusnya dilantik sebagai Penasihat Umum, pastinya pengikutnya juga akan turut sama menyertai Amanah,”dakwanya.

sobri

Sementara itu, laman itu turut melaporkan skandal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan faktor undi Cina di Sekinchan beralih arah.

“Menurut sumber yang sama, kalau semua Cina di Sekinchan khasnya dan Sg Panjang amnya, memberi undi kepada Amanah, harapan untuk parti itu menang atau setidaknya menafikan majoriti besar BN, pasti akan tercapai.

“Tapi kerana kontroversi yang melanda Guan Eng, di samping kebimbangan Setiausaha Agung DAP itu akan didakwa di Mahkamah dalam jangka masa terdekat, jumlah undi yang diterima, sangat berkurangan.

“Azhar dilaporkan begitu kecewa dengan kekalahan itu kerana berasakan sudah berusaha keras sehingga menerima respon yang sangat positif dari rakyat Sg Besar, tapi kerana skandal banglo Guan Eng, kemenangannya dinafikan,”lapornya.

nation news

One thought on “Lantik Segera Tun Mahathir Sebagai Penasihat Umum PAN – Negara Pakatan Rakyat

  1. Melantik pihak yang tidak “amanah” jadi penasihat umum Pan adalah ibarat “pagar makan padi” digunakan untuk memagari padi di jemuran dari dipatuk oleh ayam-ayam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s