Bertanding Pilihan Raya Dulu Kalau Mahu Jadi Ketua Pembangkang Kata Wan Azizah Kepada Tun Mahathir

AIDCNews – 22/6/16 – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlebih dahulu bertanding dalam pilihan raya jika bercita-cita mahu menjadi Ketua Pembangkang.

“Kena menang pilihan raya dulu lah..jawab Wan Azizah secara ringkas.

Sekali lagi Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang mengulangi jawapannya itu.

“Kena menang pilihan raya. Saya menang pilihan raya. Saya Ketua Pembangkang, Insya Allah,”tegasnya.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas cabaran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang meminta Tun Mahathir menentang Barisan Nasional (BN) secara terbuka sebagai ahli politik pembangkang dan bukannya berselindung di sebalik gerakan bukan politik atau bukan kepartian.

“Adalah jelas pihak pembangkang kini berada dalam kedudukan kucar-kacir dan tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Malaysia dengan menawarkan kerajaan alternatif yang boleh berfungsi. Pembangkang nampaknya memerlukan bantuan.

“Berdasarkan kesukaran dihadapi pembangkang, Dr Mahathir sepatutnya mengepalai pembangkang dalam pilihan raya akan datang. Tambahan pula, pembangkang perlu menunjukkan keikhlasan mereka untuk menngalu-alukan Dr Mahathir ke dalam pembangkang dengan mengeluarkan jemputan terbuka untuk beliau menjadi anggota dan pemimpin mereka,” kata Salleh dalam catatan di dalam blognya, sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata, itu perkara yang tepat untuk dibuat memandangkan Tun Mahathir sudah pun “menunjukkan peranan de facto (dalam blok pembangkang)”.

Saranan Salleh itu disahut oleh bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata Tun Mahathir tidak bermasalah untuk menerima cabaran menjadi Ketua Pembangkang.

“Saya pasti Tun Mahathir akan dengan senang hati menerima cabaran Salleh untuk jadi ketua pembangkang jika BN sanggup menjadikan pilihan raya kita bebas dan adil,” katanya.

Zaid juga mendakwa dengan wang dan propaganda, BN boleh menang pilihan raya dan berbangga dengannya.

“Mereka guna wang, projek dan propaganda, dan mereka bangga memenanginya. Malah ‘pengadil’ pun berpihak kepada mereka,” katanya merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s