Kerjasama Tun M, DAP Mudaratkan Kepentingan Melayu Islam- Bekas Ketua Hakim Negara

BEKAS Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad terus melahirkan kebimbangan dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam usaha menjatuhkan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu yang menjalin kerjasama dengan DAP dan parti serpihan PAS yang disifatkan sebagai anak syarikat DAP boleh mendatangkan kemudaratan lebih besar terhadap kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

“Janganlah kerana tidak mahu Datuk Seri Najib terus menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sanggup menyerahkan kerajaan kepada pembangkang diterajui DAP. Sekali orang Melayu terlepas tampuk pemerintahan, harapan untuk memperolehnya semula, amat tipis sekali.

“Saya juga merasa sedih melihat Tun Dr Mahathir, di masa tua dan uzur, bersama-sama musuh politiknya yang berdekad-dekad berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipertahankan sekian lama.

“Apa jadi kepada pengorbanannya selama ini? Walaupun ada perkara yang saya tidak bersetuju dengan beliau tetapi saya ingin terus menghormati beliau di atas pencapaian beliau dalam perkara lain yang saya kagumi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas reaksi yang diterima selepas membuat kenyataan supaya Dr Mahathir mengambil iktibar daripada pencapaian memberangsangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Jangan rosakkan integriti dan pencapaian yang diperoleh sepanjang hayat selepas berada di penghujung jalan. Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau, lebih baik beliau berehat saja supaya orang boleh terus menghormatinya,” kata Abdul Hamid dalam kenyataan disiarkan BH Online, Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau bercakap mengenai `kapal’, bukan `nakhoda’.

“Jangan bakar kapal kerana marahkan nakhoda. Juga, jangan bersekongkol dengan `nakhoda kapal musuh’ untuk menghumban nakhoda kapal sendiri ke laut. Saya khuatir nakhoda-nakhoda kapal musuh itu akan mengambil kesempatan untuk menenggelamkan kapal kita sendiri. Siapa untung? Biarlah anak kapal sendiri menentukan kedudukan nakhoda mereka,” katanya – BH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s