Pengerusi NGO Anti-Jenayah Ditangkap Selepas Ambil Rasuah Daripada Pengendali Perjudian

PENGERUSI sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah bergelar Datuk ditahan oleh sepasukan pegawai D7 Bukit Aman di susur keluar Plaza Tol Nilai. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

NILAI: Seorang pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah yang lantang menentang aktiviti judi, maksiat dan kongsi gelap, ditahan ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram.

Pengerusi bergelar Datuk terbabit berusia dalam lingkungan lewat 30-an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam tadi, di Plaza Tol Nilai, di sini.

Terdahulu, sebelum ditahan, individu terbabit dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram.

Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Datuk terbabit sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.

Malah, mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan Datuk terbabit.

Datuk berkenaan kemudian diiringi pihak polis ke Bukit Aman – BH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s