Undi Melayu 2 PRK Telah Dirampas PAN – Suhaizan Kaiat

AIDCNews – 22/6/16 –Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kaiat mendakwa undi Melayu di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK), Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sebelum ini menjadi milik UMNO dan PAS telah dirampas oleh parti baharu yang berusia 9 bulan, PAN.

Berikut analisa keputusan PRK dan perbadingan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13 Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang dilakukan Suhaizan Kaiat :

1. BN dan PAS mengalami kemerosotan undi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13( PRU13) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. BN mengalami kemerosotan undi Melayu sebanyak 3% di Sungai Besar dan 6% di Kuala Kangsar. PAS pula mengalami kemerosotan undi Melayu yang sama di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebanyak 7%. Kemerosotan sokongan undi Melayu kedua-dua parti tradisi ini telah diserap oleh AMANAH.

2. Pengundi AMANAH adalah terdiri daripada pengundi Melayu progresif, Islamik dan kelas menengah yang terdedah dengan maklumat. AMANAH juga mendapat sokongan undi Melayu hasil daripada program Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun Dr Mahathir terutamanya di Kuala Kangsar. AMANAH mendapat lebih sokongan undi Melayu di Kuala Kangsar berbanding Sungai Besar.

3. Kebanyakan pengundi Melayu kurang mengenali logo AMANAH kerana baru berusia 9 bulan dan pertama kali bertanding dalam pilihanraya di Semenanjung. Ada setengahnya menganggap logo AMANAH seperti parti bebas. Terdapat ramai pengundi Melayu pro pembangkang yang keliru, manakah pembangkang sebenar di antara AMANAH dan PAS. PAS memiliki kelebihan dengan usianya 65 tahun.

AMANAH pula ditohmah sebagai pro DAP dan pro Cina sama seperti tohmahan yang dihadapi oleh PAS dalam PRU13. Faktor-faktor ini menyebabkan AMANAH mendapat sokongan yang lebih rendah berbanding PAS dan BN. Jika pengundi Melayu lebih mengenali AMANAH dan propaganda perkauman dapat diredakan maka sokongannya dijangka meningkat.

4. Pendekatan PAS yang berkerat rotan dengan DAP dan usul RUU tidak menambahkan undi Melayu. Sebaliknya PAS pula mengalami kemerosotan mendadak undi Cina dalam PRK berbanding PRU13 sebanyak 73% di Sungai Besar dan 63% di Kuala Kangsar. Hasilnya, PAS hanya memperolehi undi teras seperti yang diperolehi dalam PRU11(2004). Dalam undi teras PAS terdapat undi tegar PAS sekitar 2000 hingga 3000 orang di kedua-dua parlimen ini. Jika berlaku 10 penjuru sekalipun undi tegar PAS ini tidak akan berganjak. Undi teras PAS boleh menyusut tetapi undi tegar PAS tidak akan berubah.

5. Undi Cina yang diperolehi oleh AMANAH adalah rendah berbanding yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13. AMANAH sebagai komponen Pakatan Harapan dijangkakan boleh mendapat lebih sokongan undi Cina dalam PRK ini. Malangnya terdapat pengundi muda Cina yang tidak mahu pulang mengundi kerana beranggapan PRK tidak boleh mengubah kerajaan. Terdapat juga segelintir mereka yang kecewa dengan pertembungan barisan pembangkang. Bukanlah sesuatu yang pelik sokongan undi Cina berubah semasa PRK. Buktinya dalam PRK Sungai Limau (2013), undi Cina terhadap PAS mewakili Pakatan Rakyat merosot berbanding PRU13.

6. Kelemahan Pakatan Harapan mendapatkan sokongan undi Cina dan merudumnya sokongan undi Cina kepada PAS telah diserap oleh BN. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh strategi BN yang lebih berkesan. Janji-janji pilihanraya telah menarik sokongan pengundi Cina kepada BN terutamanya di Kuala Kangsar.

Walau bagaimana pun sokongan pengundi Cina kepada BN dalam PRK adalah bersifat sementara sahaja. Pengundi Cina dijangka akan beralih semula kepada pembangkang dalam PRU14. Itu bergantung kepada strategi BN dan Pakatan Harapan.

7. BN boleh berasa selesa dengan strategi memecahkan undi pembangkang dalam dua PRK kali ini. Jentera BN dan PAS sangat kurang berbalas serangan. Sebaliknya serangan hanya ditumpukan kepada AMANAH sahaja. Hanya AMANAH mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan PAS.

Model PRK ini telah menguntungkan BN dan boleh memberi kemenangan berganda kepada BN dalam PRU14.

Jika tiada usaha menyatukan barisan pembangkang bagi mewujudkan formula pertandingan SATU LAWAN SATU sebelum PRU14 maka rakyat pro pembangkang akan merasa bosan untuk mengundi dan barisan pembangkang bakal mengalami kekalahan yang teruk.

SUHAIZAN KAYAT
SETIAUSAHA ORGANISASI
PARTI AMANAH NEGARA

Advertisements

3 thoughts on “Undi Melayu 2 PRK Telah Dirampas PAN – Suhaizan Kaiat

  1. Kalau 2 PRK dulu ditandingi serentak oleh UMNO, PAS, PKR, DAP serta PAN, kita boleh agak manakah satu-satunya parti yang akan hilang wang pertaruhan..

    Like

  2. Biarlah dia syok sendiri,Kalau bukan PAN yg bertanding,undi Melayu yg berkaitan akan mungundi selain Umno dan PAS juga.Mereka adalah Melayu totok PKR dan gulungan baru kenal pembangkang yg belum pula mengenali siap DAP.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s