Datuk R. Sri Sanjeevan Ditahan Reman Minta Wang Perlindungan Pengendali Judi

sanjevan AIDCNews – 23/6/16 – Pengerusi NGO anti-jenayah, MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan polis ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram malam tadi.

Terdahulu, sebelum ditahan, Sanjeevan dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram.

Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Sanjeevan sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.

Malah, mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Sanjeevan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis.

Polis hari ini mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret di Seremban untuk menahan reman Sanjeevan bagi membantu siasatan kes meminta wang perlindungan.

Perintah reman dua hari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban Nor Anida Norhamdan.

Sanjeevan merupakan orang perantaraan Anwar Ibrahim yang cuba mempengaruhi pegawai penyiasat kes Liwat, Supritendan Judy Blacious Pereira (Jude Pereira) supaya memalsukan keterangan berhubung kes tersebut.

Dengan tajuk “Jude: I was asked to subvert the trial“, Malaysia Today mendedahkan atas permintaan Pengerusi Mywatch itu, Jude telah berjumpa dengan Sanjeevan di hotel PJ Hilton seminggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Dalam perjumpaan tersebut Sanjeevan telah meminta agar membuat kenyataan akhbar bahawa semua tuduhan terhadap Anwar Ibrahim hanyalah satu komplot kerajaan dan Barisan Nasional.

Sanjeevan berjanji bahawa Pakatan Rakyat hampir pasti menang dalam pilihan raya umum lalu dan mereka akan menjaga kebajikan Jude sekiranya beliau membuat kenyataan sedemikian.

Sanjeevan turut menghubungi Anwar Ibrahim dan menyuruh Jude bercakap dengan Ketua Umum PKR itu.

Bagaimanapun Jude memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat apa-apa kenyataan yang menggambarkan terdapat sebarang komplot oleh kerajaan kerana siasatan beliau tidak menemui sebarang unsur sedemikian.

Sanjeevan juga adalah bekas calon Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR dalam pemilihan PKR 2014, namun tewas.

TANGKAPAN DATO’ SRI SANJEEVAN.

1. Report pertama : Serdang/rpt/ 4193/16
Pengadu : Goh Toh Hon, KP : 780325055035. L/38 thn.
Fakta Rpt :
Pgadu membuat laporan mengatakan pd 20.6.2016 jam l/krg 1430 hrs semasa pgadu berada di Lebuhraya Sg Besi telah menerima panggilan h/phone dari Dato Sri Sanjeevan melalui h/p 019-9000018 mengugut akan mensiarkan fitnah ke atas pengadu dalam facebooknya sekiranya pengadu tidak memberi wang pelindungan. Pengadu berasa takut dan tertekan atas ugutan ini. Pengadu buat repot untuk menjaga keselamatan diri dan keluarganya.
Klasifikasi kes : Sek. 506 / 385 KK.
I.O : ASP G/12558 KEE HANG KEE (D5 B.Aman)

2. Repot Kedua : Nilai/rpt/5659/16
Fakta Repot :
Ekoran dari ugutan yang diterima oleh pengadu dari Dato Sri Sanjeevan, pada 22.6.2016 jam l/krg 2245 hrs pengadu telah berjumpa dengan Dato Sri Sanjeevan di Tol Nilai dan menyerahkan duit pelindungan sebanyak RM 25,000. Sejurus pengadu menyerahkan duit dengan meletakkan di atas tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri seperti diarahkan oleh Dato Sri Sanjeevan, pihak polis telah menangkap Dato Sri Sanjeevan dan merampas duit berkenaan.
Klasifikasi kes : Sek. 384 KK. I.O ASP G/12558 Kee Hang Kee (D5 B.Aman )

3. Rpt Tangkapan :
Nilai/Rpt 5660-5661/16.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis diketuai DSP Syed Azam, D7 B.Aman telah menangkap saspek (B1) dan (B2) dan merampas wang tunai RM 25,000 di Tol Nilai pd 22.6.2016 jam 2250 hrs.
Butir-butir Tangkapan :

(B1) Dato Sri Sanjeevan A/L Ramakrishnan,
KP : 841009-05-5689.
Almt : GVG 6, Jalan Cinta Tennis Country Villa, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor.
Rampasan :
i) RM 25,000 wang tunai dirampas di tempat kejadian manakala RM 16, 080 dirampas semasa pemeriksaan dalam kereta Vellfire QMW 4 di Balai Mantin.
ii) sebuah Toyota Vellfire QMW 4
iii) 5 buah H/phone
(B2) : Muthukumar Manivannan, L/26 thn. Passport India : K0035986. Kerja : Pemandu. Permit kerja tamat pd 3.2.2016.

Kedua-dua tangkapan akan direman di Mahkamah Seremban pagi ini.

Sekian, terima kasih

sajevan

2 thoughts on “Datuk R. Sri Sanjeevan Ditahan Reman Minta Wang Perlindungan Pengendali Judi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s