Harap Zuraida Tak ‘Degil’ Macam Pemimpin Lain – Ustaz Khairuddin At-Takiri

SHAH ALAM – Kedegilan Pakatan Harapan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sebenarnya menjadi punca kekalahan Pas di Sungai Besar.

Tidak puas hati dengan kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, hasil keputusan pilihan raya yang diperoleh mungkin tidak akan sama seandainya Pas ‎diberi laluan oleh PKR.

“Pakatan Harapan sangat degil untuk bertanding juga di Sungai Besar.‎

“Jika Pas dibiarkan untuk berlawan hanya dgn BN keputusan sudah tentu sahaja berbeza,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Zuraida melahirkan rasa terkilan kerana kedegilan Pas untuk bertanding pada PRK Sungai Besar menyebabkan partinya, PKR‎ kehilangan peluang untuk menawan kerusi Parlimen tersebut.

Zuraida berkata, hasil keputusan pilihan raya yang diperoleh Sabtu lalu mungkin tidak akan sama seandainya Pas memberi laluan kepada PKR meneruskan perjuangan pembangkang di Sungai‎ Besar.‎

zu

zu1

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata, Pas ‎sepatutnya diberi ruang bertanding Sungai Besar kerana ia adalah kerusi tradisi bagi Pas bertanding.

Khairuddin juga berkata, tindakan PKR yang membantu Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan salah satu faktor kemenangan BN.

“Selepas ini diharap Zuraida tidak lagi berdegil seperti mana degilnya pimpinan PKR yang lain.

“Hasil kedegilan PH menunjukkan undi cina sudah mula lari kepada BN yang tentu sahaja menakutkan DAP di Sekinchan dan juga masa depan politik DAP dan PKR di seluruh negara,” katanya lagi.

Pada 18 Jun lalu, negara menyaksikan calon BN bagi‎ kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid‎ memenangi PRK Parlimen itu selepas menewaskan tiga pencabar lain.‎

Manakala Parlimen Sungai Besar pula kekal milik BN selepas calonnya, Budiman Mohd Zohdi diumumkan memenangi PRK itu‎.

Dalam pertembungan yang‎ melibatkan tiga penjuru itu, Budiman berjaya menumpaskan calon Amanah, Azhar Ab Shukur dan calonl Pas, Dr Abdul Rani Othman‎ – SH

Azmin Memang Ugut Pecat Exco PAS – Ulama

PKR Perlu Berani Tinggalkan Pakatan Harapan -Ustaz Khairuddin At-Takiri

Advertisements

2 thoughts on “Harap Zuraida Tak ‘Degil’ Macam Pemimpin Lain – Ustaz Khairuddin At-Takiri

  1. Kalaupun pertandingan dua penjuru, kemenangan tetap berpihak kepada BN. Cumanya sedikit dari undi Pas akan pergi kepada Pan dan sebahagian besarnya akan pergi pada BN. Dalam kata lain kalau pertandingan adalah dua penjuru makan undi Pan naik jadi 10 K tetapi undi BN akan naik jadi 19 K. Justeru dakwaan bahawa kalau pertandingan berlangsung dua penjuru maka keputusan berpihak kepada PH adalah dakwaan penyedap hati, penglipurlara susulan keputusan PRK yang tidak berpihak kepada PH.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s