Kit Siang Tidak Percaya Hanya Formula ‘Lawan Lawan Satu’ Dapat Kalahkan BN

kit-matAIDCNews – 23/6/16 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak percaya hanya formula ‘satu lawan satu’ dapat mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Mengambil contoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jika formula ‘satu lawan satu’ hanya merujuk kepada PAS lawan BN, tanpa penglibatan Pakatan Harapan, Kit Siang meramalkan majoriti yang dimenangi BN akan meningkat lebih besar.

“Semasa berkempen pada pilihan raya kecil itu, saya meramalkan PAS akan kalah dengan 10,000 undi di Sungai Besar dan 5,000 undi di Kuala Kangsar berbanding dengan keputusan pilihan raya umum 2013.

“Dan, PAS kalah dengan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi berbanding dengan undi yang diperoleh oleh calon PAS semasa pilihan raya umum 2013 .

“Jika pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS, undi BN di Sungai Besar boleh meningkat dari 9191 undi kepada lebih 16,000 undi dan di Kuala Kangsar pula, dari 6969 undi kepada lebih 11,000 undi.

“Ini kerana kira-kira 80 peratus pengundi yang mengundi calon-calon Amanah dalam pilihan raya kecil berkembar itu tidak akan mengundi PAS dan dasar-dasarnya selepas perpecahan Pakatan Rakyat, dan sebaliknya, membuka peluang kepada pujukan untuk mengundi BN,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yang menolak mentah-mentah cadangan Kit Siang supaya PAS hanya menumpukan kepada kerusi-kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja dalam pilihan raya umum akan datang dan negeri-negeri lain diberikan kepada PAN bertanding.

“Cadangan itu tidak logik. Ikut suka PAS mahu bertanding. PAS bertanding itu sebab tahu asas kekuatannya jadi terpulang kepada PAS mahu bertanding dimana pun,” kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad kepada Malaysiakini.

Idris yang juga Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Perak berkata, PAS berhak bertanding di semua kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Mengambil contoh PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tambah Idris, ia tidak akan menjadi satu isu jika PAS berada dalam pertandingan satu lawan satu menentang BN.

“(Jadi) PAS tidak boleh terhad kepada bertanding di negeri-negeri tertentu sahaja. Jika itu berlaku, maka orang boleh mengatakan bahawa anda (DAP) hanya berhak untuk bertanding di Pulau Pinang,” katanya.

Kit Siang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, walaupun PAS bukan parti kompenan Pakatan Harapan (PH), namun persefahaman umum boleh dilakukan di antara PH dengan PAS mengikut pembahagian negeri.

“Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk mengkaji semula cadangan bagi PAS menumpukan perhatian kepada Kelantan , Terengganu , Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara memfokus kepada negeri-negeri lain, tertakluk kepada pelarasan dalam susunan oleh kedua-dua parti politik,” ujarnya.

Pandangan Kit Siang turut disokong oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong.

Menurutnya, membentuk satu blok tunggal dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya untuk mengalahkan BN adalah formula lapuk.

“Ada yang berpendapat bahawa pihak pembangkang hanya perlu membentuk satu blok tunggal sekali lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang suapaya pertandingan satu lawan satu menenatng BN.

“Tetapi adakah ini yang pengundi mahu lihat? Adakah keputusan pilihan raya umum akan datang hanya berdasarkan pertandingan satu lawan satu terhadap BN?

“Albert Einstein pernah berkata bahawa takrif kegilaan adalah melakukan perkara sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza.

“Kita perlu bertanya kepada diri sendiri apa yang pengundi benar-benar mahu dan bukannya apa yang ahli-ahli politik dan penganalisis politik mahu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, walaupun berlaku pertandingan satu lawan satu dengan BN, namun ia tidak menjamin kejayaan kerana semua ‘aset’ kekuatan dimiliki parti pemerintah.

“Sudah pasti untuk mengalahkan Umno/BN adalah tugas berat, walaupun dengan entiti pembangkang tunggal Pakatan Rakyat.

“Berat sebelah institusi terhadap pembangkang bermula dari peringkat awal lagi.

“Peraturan permainan sentiasa ditetapkan oleh Umno/BN, dan mereka juga adalah pengadil serta tiang gol sentiasa diubah untuk disesuaikan dengan kepentingan mereka,” katanya.

Pada PRU 13, ketika berada dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP mencapai tahap kemenangan politik paling maksima dengan 38 kerusi di Dewan Rakyat, diikuti dengan PKR, 30 kerusi dan PAS, 21 kerusi.

Namun, apabila DAP membubarkan PR dan diganti dengan PH, kekuatan PAS telah berjaya dilemahkan daripada 21 kerusi menjadi 14 kerusi apabila 7 Ahli Parlimen PAS melompat parti menyertai parti baharu PAN (6 orang) dan PKR (satu orang).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s