Mat Sabu Akan Bangkit Isu Kedudukan PAS Di Selangor Dalam Mesyuarat PH

AIDCNews – 23/6/16 –Presiden Parti Amanah Negara (PAN) akan membangkitkan isu kedudukan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan.

Menurutnya, kata putus berhubungan kedudukan itu perlu dicapai selepas menghadapi kerumitan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

“PAS dan Amanah adalah parti yang menganggotai pentadbiran kerajaan Selangor. Namun, jentera PAS kata mereka dan PKR adalah kerajaan Pakatan Rakyat dalam kerajaan Selangor, manakala jentera Amanah pula kata mereka dan PKR adalah kerajaan Pakatan Harapan dalam kerajaan Selangor.

“Pada PRK Sungai Besar, parti pembangkang seperti lawan sesama sendiri sehingga pengundi pun sakit kepala. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera,” kata Mohamad ketika dalam satu forum Pasca PRK di Bukit Mertajam, lapor China Press.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata sama ada PAS dan PAN bakal berkerjasama atau sebaliknya, namun hubungan antara kedua-dua parti itu perlu dijelaskan untuk memudahkan PH mara ke hadapan bagi menghadapi PRU 14.

“Amanah melakukan kesilapan lebih besar berbanding dengan pihak lawan. Pucuk pimpinan Pakatan Harapan tidak dapat membuat keputusan lebih awal bagi menentukan calon parti mana yang patut bertanding.

Ini akhirnya menyebabkan jentera pilihan raya tidak dapat bergerak dengan lebih awal,” katanya

Beliau secara peribadinya turut setuju semua parti komponen dalam Pakatan Harapan dapat menggunakan satu lambang yang sama ketika bertanding dalam PRU akan datang.

Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s