Azmin Kecewa PAS Lupa Prinsip Pakatan

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui komunikasi dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS berdepan kesukaran kerana parti Islam itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku.

“Saya sedikit kecewa kerana ada pucuk pimpinan tertinggi PAS lupa prinsip paling asas pakatan. Ini perkara berbahaya, kami perlu saling menghormati bukan hanya melindungi idea dan pendirian sendiri,” kata Timbalan Presiden PKR itu dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.


Azmin berkata pengakuan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang parti Islam itu tidak boleh berjuang bersendirian menunjukkan masih ada peluang mengadakan rundingan dan hanya pendirian sesetengah individu dalam PAS agak keras.

Menteri besar Selangor itu menjelaskan, kekalahan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bermakna parti pembangkang tidak boleh bangkit semula.

“Untuk bangkit semula, pembangkang perlu lebih jujur, hormat pendapat berbeza, parti dan pemimpin lain, sedar terhadap realiti rakyat mahu parti pembangkang yang kuat dan bersatu.

“Proses ini walaupun susah tetapi kita tidak patut putus asas. Penyatuan semula parti pembangkang memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya sambil berharap semua pemimpin boleh bersikap terbuka dan terima hakikat rakyat mahu perubahan.

Anak angkat Dr Mahathir

Sementara itu, Azmin yang pernah dianggap “anak angkat” Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui hubungannya dengan bekas perdana menteri itu amat baik, namun menegaskan kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana tegasnya, sebagai seorang yang berprinsip, beliau tidak pernah meninggalkan Anwar selepas dipecat daripada Kabinet pada 1998.

“Malah, dalam tempoh 17 tahun saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir sehinggalah raya tahun lalu, Mahathir melalui orang tengah menyuarakan hasrat untuk berjumpa saya.

“Saya jumpa Mahathir bersendirian selepas mendapat persetujuan Anwar,” katanya sambil menambah beliau tidak boleh menerima tuduhan Mahathir terhadap Anwar kerana ia dakwaan kejam dan tidak baik.

Azmin berkata, beliau berpeluang menjadi pembantu Anwar atas syor Dr Mahathir selepas tamat pengajian di Amerika Syarikat dan pulang ke tanah air.

Jelasnya, beliau terpaksa membuat pilihan antara pemimpin nombor satu dan dua negara, selepas Anwar disingkirkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 September 1998.

“Mereka berdua amat berpengaruh tetapi saya pilih kewajaran.

“Jika saya tinggalkan Anwar demi jawatan, ia amat kejam buat saya dan Anwar. Saya putuskan untuk tidak bersama Mahathir dan melindungi Anwar kerana saya tahu beliau orang yang baik dan bersih,” katanya yang pernah berkhidmat untuk Anwar selama 14 tahun – FMT

Advertisements

One thought on “Azmin Kecewa PAS Lupa Prinsip Pakatan

  1. Apa yg lebih penting ialah prinsip Islam, bukannya prinsip pakatan yg berpaksikan si kafir harbi. Sendiri mau ingat tindak tanduk di dunia dibawa ke akhirat.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s