Kenyataan Haron Din Tidak Jejaskan Hubungan DAP-PAS Di Selangor – Exco PAS Selangor

PETALING JAYA: Hubungan PAS dan DAP dalam pentadbiran kerajaan Selangor tidak terjejas dan berjalan seperti biasa, kata seorang Exco dari PAS, selepas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din membidas mereka yang bersekongkol dengan DAP yang dilabelnya “musuh Islam”.

“Hubungan PAS dan DAP dalam kerajaan Negeri Selangor langsung tidak terjejas.

“Kena bezakan hubungan dalam pentadbiram kerajaan negeri dan hubungan antara parti politik,” kata Exco PAS Zaidy Abdul Talib kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Haron membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana turut bersama dengan DAP, yang menurutnya nyata memusuhi Islam.

“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.

“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah,” kata Haron kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata kenyataan Haron itu tidak menjejaskan hubungan parti Islam itu dengan DAP di peringkat pentadbiran.

“Saya fikir elok saya dapatkan dulu kenyataan asal mursyidul am. Tetapi setakat hari ini, hubungan parti-parti (PAS, PKR dan DAP) di dalam kerajaan berjalan seperti biasa,” katanya – FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s