Tanpa PAS, Pakatan Harapan Bakal Kehilangan Selangor & Pulau Pinang – Tian Chua

AIDCNews – 24/6/16 –Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tanpa sokongan PAS, Pakatan Harapan bakal kehilangan pemerintahan di Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru itu, PKR tidak akan berputus asa untuk menjadi orang tengah dalam mendamaikan hubungan PAS dan DAP, walaupun hubungan kedua-dua parti itu tegang.

Jika hubungan kedua parti itu gagal dipulihkan Kelantan juga akan jatuh ke tangan Barisan Nasional, katanya.

Beliau juga nampaknya berkeyakinan apabila menyatakan bahawa semua ketegangan pasti ada penyelesaiannya dan mengungkit bagaimana Anwar Ibrahim membina ‘jambatan’ antara DAP dan PAS pada 2008.

“Persoalan sekarang bukan siapa bekerjasama dengan siapa. Rakyat mahu semua pembangkang bersatu,” katanya kepada China Press.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyalahkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai punca kekalahan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini kerana telah berpihak.

Azmin yang sepatutnya tidak berpihak, tetapi telah menukar pendirian menyokong calon PAN pada saat akhir dalam PRK itu.

Tuan Ibrahim berkata, PAS merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.

Katanya, PAS tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.

Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku,” kata Azmin.

Advertisements

6 thoughts on “Tanpa PAS, Pakatan Harapan Bakal Kehilangan Selangor & Pulau Pinang – Tian Chua

  1. Bila berpecah, salakan PAS. semua kesalahan PAS kena tanggung walaupun punca masalah dr PKR / DAP..

    lupakan sahaja untuk bekerjasama kembali. PAS perlu bersendirian. Haq dan Bathil takkan bersama2 sampai bila2 pun.

    Like

    • kami ahli dan penyokong pas akar umbi dah tawar hati dengan pkr dan dap lebih baik pas bersendirian kerana pas terikat dengan mana2 perjanjiian dan bebas berjuang untuk memartabatkan islam

      Like

  2. Analysis yg jujur dari Tian Chua. Keputusan PRK SB & KK mnunjukkan pola undi Melayu: BN 60%, PAS 30% & PH (PAN) hanya 10%.
    Undi Bukan Melayu: BN 35%, PAS 5%, PAN 60%.
    Di kerusi majoriti Melayu PAN hanya kacau daun

    Like

  3. Kalau gabung undi PAS+PAN sekalipun belum mampu gugat kemenangan BN. Kekalahan teruk PH juga berpunca dari sebahagian undi kaum cina lari ke BN. Bayangkan jika BN dapat semula 35% undi kaum cina pd PRU14…

    Like

  4. klu kita follow dari awal perbalahan PAS vs DAP memang puncanya DAP. sedari awal mulut pemimpin DAP takda respek dgn presiden PAS. dibuatnya PAS mcm pengemis dalam Pakatan Rakyat, memandangkan jumlah kerusi parlimen PAS yg kurang berbanding DAP & PKR. Tapi DAP lupa, segala gerak kerja akar umbi dilakukan oleh jentera PAS. nak bagi nampak ramai khalayak dalam apa2 majlis ke, sokongan ramai ke demonstrasi ke memang perlukan jentera PAS. Paling kritikal bila PAS dihina setiap hari sewaktu kempen Langkah Kajang utk menjatuhkan MB Khalid secara tidak bermaruah. Pandanga PAS langsung tidak dirunding. Pendirian PAS langsung tak dihormati.

    Apabila PAS menarik balik sokongan mereka kepada acara-acara perhimpunan oleh DAP/PKR ternyata memberikan kesan yg sangat2 besar. Contohnya kempen PKR utk berkumpul beramai2 di hadapan istana kehakiman putrajaya utk membantah hukuman kesalahan liwat 2 Anwar Ibrahim tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa kerat saja yg hadir. Nampak sangat akar umbi PKR tidak kuat spt akar umbi PAS yg boleh dikerah beribu2 orang utk hadir dalam satu2 majlis. Malah di hadapan istana kehakiman putrajaya berlaku pergaduhan antara penyokong2 PKR dgn penganjur kerana wang kos utk bas yg membawa penyokong yg dijanjikan tidak dibayar. Klu akar umbi PAS tak perlu nak bayar2 mcm ni.. mereka datang sendiri dgn kenderaan masing2 secara car pool, bermotosikal dan sebagainya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s