Azhar Akui PAN Tiada Pengaruh Di Kawasan Melayu Mahupun Cina

AIDCNews – 25/6/16 –Calon PAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur mengakui partinya tiada pengaruh di kawasan pengundi majoriti Melayu (Sungai Panjang) mahupun kawasan majoriti pengundi Cina (Sekinchan).

Justeru itu peranan DAP memperkenalkan dirinya kepada pengundi di kawasan Cina dan peranan PKR membawanya di kawasan majoriti pengundi Melayu.

“Amanah (PAN) bersama-sama DAP dan PKR. Di Sekinchan memang kawasan DAP, jadi nak masuk ke sana memang mereka yang membantu di Sekinchan.

“Di kawasan Melayu pula, PKR yang membantu kami. Kita bersama, bukan DAP yang taja kami. DAP bersama Amanah (PAN) dan PKR. Orang nak sebut ditaja, itu haknya, tapi memang kita sentiasa mereka DAP dan PKR,”kata Azhar yang juga Ketua PAN Sungai Besar.

Beliau berkata begitu sebagai menepis partinya yang berusia sembilan bulan itu ditaja oleh DAP.

“Saya buka pejabat PAN di Sungai Besar dengan sendirinya, di mana tajaannya? Bayar deposit pun duit kami sendiri. Apa maksud tajaan? Mereka bayar kita ke?,” soal Azhar sebagai respon terhadap isu tersebut.

Tegas Azhar, soal PAN diperkudakan tidak pernah timbul, sebaliknya ia sebagai sebuah parti yang baru semestinya memerlukan sokongan DAP dan PKR bagi berdepan dengan situasi politik semasa.

“Amanah (PAN) perlu bersama pembangkang yang lain. Jika bersendiri, (seperti) PAS apabila satu parti yang kuat pun kalah apabila bersendiri. Masa depan Amanah (PAN) bersama gabungan pembangkang. Jika ikut keputusan baru ini, PAN mempunyai harapan yang cerah,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s