Majlis Profesor Negara : Perbincangan Meja Bulat Transformasi Pengundi Malaysia Menjelang PRU14

al azahariAl-Azharri Siddiq Kamunri – “Perbincangan Meja Bulat Transformasi Pengundi Malaysia Menjelang PRU14”, pada 23 Jun, 2016 di Putrajaya.

1. Profesor Datuk Dr. Raduan Che Ros di akhir persidangan meja bulat ini memberi kesimpulan tuntas, “Jika Esok PRU-14, UMNO dan BN Akan menang besar”.

2. Menurut beliau lagi, kemenangan besar BN di Sarawak dan UMNO di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar memberi nafas baru dan penemuan cara baru kepada BN. Menurut beliau lagi, BN boleh bermimpi untuk mendapat majoriti 2/3 dgn syarat BN hendaklah memainkan cara berpolitik seperti sekarang iaitu “memahami keperluan rakyat”.

3. Tambahnya lagi, BN hendaklah menjadi Juara Rakyat sepertimana BN lakukan sekarang, majoriti 2/3 itu boleh diperolehi termasuk pengundi atas pagar, pengundi Cina dengan syarat BN dapat memenuhi keperluan rakyat.

4. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin pula berkata, jika ahli-ahli politik terlampau banyak politiking rakyat akan muak sebagaimana berlaku kepada Pakatan pembangkang yang terlampau berpolitik segala hal akhirnya rakyat muak dengan mereka.

5. Walaupun BN menang di Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, tetapi isu-isu 1MDB dan GST akan terus dimainkan oleh pembangkang, maka BN tidak boleh menggunakan keputusan PRK dan PRN sebagai penanda aras konon isu-isu telah selesai.

7. Tambah Profesor Ulung lagi, Track record 5 tahun seseorang Wakil Rakyat di kawasannya akan menjadi penentu seseorang calon di kawasan itu untuk menang.

8. Kemenangan BN di Sarawak disebabkan kelemahan pakatan pembangkang, dan rakyat Sarawak telah mendapat apa yang mereka inginkan melalui desakan-desakan ke atas Kerajaan Persekutuan.

Menurut Prof Jayum, tuntutan itu sebenarnya bukan baharu ianya sudah disebut sejak 1963 lagi seperti tuntutan melantik orang-orang Sarawak yang berkelayakan di kedudukan penting seperti Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan KSU, Ketua-Ketua Jabatan, Vice Canselor dan sebagainya.

9. Menurut Prof Jayum lagi, rakyat Sarawak tidak akan meminta untuk keluar dari Malaysia tetapi apa yg berlaku sebenarnya seumpama anak-anak yang meminta perhatian daripada bapanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s