Jika Benar ‘Ada Rundingan’, Mukhriz Dipelawa Sertai PAS Jadi MB Kedah -Tuan Ibrahim

AIDCNews – 27/6/16 –PAS hari ini mempelawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai parti itu untuk bertugas kembali bertugas sebagai Menteri Besar Kedah, jika benar sepertimana dakwaannya UMNO sedang ‘berunding’ untuk menyerahkan negeri itu kepada PAS pada pilihan raya akan datang.

Pelawaan itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Beliau (Muhkriz) kena masuk PAS, baru boleh jadi Menteri Besar semula. Barulah hatinya boleh puas. Hal ini kerana beliau akhirnya dapat menumpaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah yang memberontak terhadapnya sehingga beliau kehilangan jawatan sebagai menteri besar,” kata Tuan Ibrahim.

Semalam, Mukhriz memberi peringatan kepada Umno Kedah yang ia bakal kehilangan negeri kepada PAS akibat “pakatan peringkat tertinggi” UMNO-PAS.

“UMNO Kedah perlu siap sedia menyerahkan kerajaan Negeri kepada PAS. Seolah-olah ada pakatan antara UMNO dan PAS di peringkat tertinggi, dan sudah nampak menjurus ke arah itu.

“Mereka cuba menyatukan PAS dan UMNO. Saya merasakan Kelantan, Terengganu dan Kedah akan diberikan kepada PAS (untuk tujuan itu),” kata bekas Menteri Besar Kedah yang baru dilucutkan keahlian UMNO itu.

Mengulas kenyataan itu, Tuan Ibrahim berkata sebagai sebuah parti pembangkang, PAS akan terus berusaha merampas semula Kedah daripada UMNO.

“PAS tetap akan bertanding melawan UMNO di Kedah. Penentu kemenangan ialah rakyat dan bukannya mana-mana parti politik,” katanya kepada FMT, hari ini.

Beliau turut mengingatkan Mukhriz mengenai sokongan ahli Dewan Undangan Negeri dari pembangkang ketika mengadakan pertemuan dengan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dulu.

“Harap-harap Mukhriz ingat semula siapa yang dokong dia dan siapa yang tidak dokong dia ketika istana minta berjumpa dengan semua Adun dari pembangkang dan BN,” jelasnya.

Mengulas isu sama, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mukhriz tersebut.

“Sangkaan Adun Ayer Hitam Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengesyaki wujud perjanjian antara Umno-PAS untuk membahagi negeri pemerintahan ialah tuduhan sangat dangkal dan ternyata berunsur fitnah.

“Selaku ahli politik, dakwaan itu hanya cubaan mencipta persepsi negatif dan propaganda buruk yang tidak selayaknya daripada seorang yang pernah menjawat kedudukan menteri besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penafian sama turut dilakukan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO menyifatkan dakwaan Mukhriz itu hanyalah andaian dan imaginasi serta spekulasi jahat tidak bersandarkan kebenaran untuk menimbulkan keresahan dalam parti.

“UMNO Terengganu yakin parti ini bukan sahaja akan kekal sebagai kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-14 nanti, tetapi bakal memperoleh undi majoriti lebih besar hasil gerak kerja yang digerakkan.

“Sehubungan itu, saya meminta Mukhriz dan semua pihak tidak sesekali menjadikan Terengganu sebagai modal politik untuk kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s