Kit Siang Mahu Hapuskan Mitos ‘Melayu Hilang Kuasa Jika UMNO Tumbang’

AIDCNews – 27/6/16 –Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu menghapuskan mitos ‘Melayu akan hilang kuasa jika UMNO ditumbangkan’ kerana mitos ini merupakan politik mundur yang berbaur perkauman.

“Ia adalah penipuan yang nyata, kerana kaum Melayu tidak akan kehilangan kuasa politik jika UMNO ditendang keluar dari Putrajaya,” katanya dalam ceramah kopitiam di Pekan Nenas semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Moha­mad yang mendakwa bahawa kaum Melayu bakal musnah sekiranya UMNO ditumbangkan.

Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kaum Melayu tidak akan kehilangan kuasa ekoran peratusan populasi kaum berkenaan yang meningkat saban tahun berbanding kaum lain di negara ini.

“Daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, majoriti 114 adalah kerusi yang dipegang kaum Melayu yang mewakili 70 peratus, manakala 22 majoriti kerusi kaum Cina dan 29 kerusi campuran. Tidak ada satu pun kerusi majoriti dari kaum India,” tambahnya.

Justeru katanya, Malaysia tidak akan menjadi negara demokrasi yang normal seperti negara rantau lain sehinggalah mitos Melayu hilang kuasa itu dibuktikan palsu semata-mata.

Advertisements

3 thoughts on “Kit Siang Mahu Hapuskan Mitos ‘Melayu Hilang Kuasa Jika UMNO Tumbang’

  1. Di PPinang sekarang Melayu berkuasa kah?Di Selangor Melayu berkuasa kah?.Jawapannya di PP Melayu dah hilang kuasa ,sementara di Selangor Melayu masih memegang kuasa ,tapi kuasa tersebut di kuasai pula oleh DAP secara di belakang tabir.

    Like

  2. Sdr zamri,walaupun Gerakan yg menjadi KM,tapi Umno mempunyai ‘suara besar’.Orang Melayu tidak dipinggir .Umpama di Selangor sekarang,yg jadi MB ialah PKR ,tapi DAP mempunyai ‘suara besar’.Keadaan ini ‘org kampung’ pun faham.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s