PAS Kelantan Sokong Tiada Perundingan Dengan DAP

KOTA BAHARU: PAS Kelantan menyokong penuh keputusan pimpinan PAS Pusat yang berpendirian parti itu tidak akan ‘duduk semeja’ bagi mengadakan perundingan dengan DAP.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan DAP yang menjadi ‘penghasut’ ketika PAS menghadapi krisis dalaman dahulu menyebabkan parti itu tidak boleh dipercayai lagi.

Katanya sikap pemimpin DAP yang tidak menghormati dan menentang apa yang cuba dilaksanakan oleh PAS khususnya berkaitan hak umat Islam juga dilihat amat tidak munasabah.

“Kami masih ingat sepanjang kami berkawan dengan DAP dahulu sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) mereka tidak sepatutnya menjadi penghasut sehingga memecahbelahkan PAS,” katanya kepada pemberita selepas majlis Makan Colek Bersama Media di sini, Ahad malam.

Beliau mengulas saranan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s