Debat Terbuka Terowong Dasar Laut Bertukar Kecoh

ORANG ramai menyaksikan debat terbuka berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama di Georgetown, sebentar tadi. – Foto Muhammad Mikail Ong

GEORGETOWN: Sesi debat terbuka berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama di sini sebentar tadi, bertukar tegang selepas EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Utiliti negeri, Lim Hock Seng menggelar penyokong Barisan Nasional (BN) sebagai ‘bodoh’.

Situasi itu berlaku apabila Hock Seng dikatakan gagal mengawal perasaan ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungannya sehingga menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa mengepung pentas utama.

Ketika sesi penggulungan itu, Hock Seng turut menggunakan gelaran ‘celaka’, ‘hooligan’ dan ‘samseng’ yang sekali gus membangkitkan kemarahan penyokong BN.

Suasana tegang yang berlarutan hampir 10 minit itu juga menyebabkan beberapa penyokong kedua-dua pihak terpaksa dihalau keluar dari dewan, selain terdapat beberapa cubaan untuk menyerang Hock Seng yang ketika itu berada di pentas.

Debat terbuka antara Hock Seng dan Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng itu diadakan di Dewan Kompleks Penyayang di sini, bagi membincangkan isu berhubung pembinaan projek terowong dasar laut yang dirangka Kerajaan Pulau Pinang – BH

Advertisements

One thought on “Debat Terbuka Terowong Dasar Laut Bertukar Kecoh

  1. Rakyat pulau mutiara tidaklah sebodoh yang disangka. Meskipun satu rumpun dengan Hock Seng, itu bukan alasan untuk mereka menutup sebelah mata apabila ternampak amalan-amalan yang menyeleweng. Lapan tahun berdiam diri bukan bermakna akan berdiam diri selama-lamanya. Apakah Dap akan tinggal lebih lama daripada alu-aluan?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s