Kit Siang Beri Isyarat Mahu Saman Mufti Pahang ?

kitAIDCNews – 28/6/16 –Penasihat DAP, Lim Kit Siang seperti memberi isyarat bersedia untuk menyaman Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan isu ‘kafir harbi’ apabila meretweet artikel FMT bertajuk “No legal immunity for Pahang mufti, says lawyer

Artikel FMT yang memetik kenyataan peguam pro DAP, Syahredzan Johan berkata Abdul Rahman sebagai mufti Pahang tidak memiliki kekebalan daripada undang-undang untuk membuat kenyataan mengenai kafir harbi.

“Jika ia kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, beliau sudah tentu boleh didakwa. Mufti tidak ada kekebalan undang-undang seperti itu,” kata Syahredzan sebagai respons kepada laporan keengganan Abdul Rahman menarik balik kenyataannya itu.

Mufti Pahang itu melabelkan “kafir harbi” kepada DAP kerana bercakap menentang rang undang-undang persendirian PAS untuk menaik taraf status mahkamah syariah.

Syahredzan tidak bersetuju, berkata Seksyen 40 hanya menjadikan mufti dikecualikan daripada dipanggil ke mahkamah untuk memberi pendapat atau bukti, bukan tidak boleh didakwa mengikut undang-undang.

Beliau berkata jika sekalipun ia akan dijadikan fatwa, ia masih perlu mengikut perundangan tertentu, diwartakan untuk menjadi rasmi.

“Ia satu pendapat. Bukan fatwa. Fatwa pun perlu mengikut perundangan tertentu, diwartakan untuk menjadi rasmi,” katanya kepada FMT.

Dalam Twitter, Syahredzan meruju kepada Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang menyatakan “sesiapa yang membuat, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat untuk mencetuskan atau mungkin mencetuskan sebarang kelas atau komuniti seseorang untuk melakukan kesalahan terhadap mana-mana kelas atau komuniti seseorang, akan dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya”.

kata pedang

2 thoughts on “Kit Siang Beri Isyarat Mahu Saman Mufti Pahang ?

  1. LKS menggamit simpati,dan yg muncul memberi sokongan dan simpati tentulah gulungan liberal.Diharap dengan ini nanti orang Islam dapat mengenal gulungan Melayu Islam liberal dgn lebih dekat dan tepat.Tolaklah mereka dalam PRU nanti.

    Like

  2. pembangkang selalu berpandangan rakyat adalah hakim. makanya mana-mana parti politik usah melatah sebaliknya serahkan kepada hakim (rakyat) untuk memutuskan segala-galanya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s