Zimmi La Sangat

Ust Muhammad Fauzi Asmuni – Ada orang sayang sangat dengan DAP dan sekutunya. Sentuh sikit pun tak boleh. Bila Mufti Pahang kata mereka ini harbi, kita boleh fahamlah kenapa ada orang Melayu marah … takut nanti masyarakat jadi eksterim kata halal darah pula. Bila kita kata mereka ini bukan zimmi, pun tanpa disangka, ada juga orang Melayu yang marah. Ustaz pulak tu.

DAP ni ada wakil kat IFC. Mereka tuntut kebebasan untuk orang Islam murtad. Mereka tuntut jangan catat muslim kat MyKad supaya tiada lagi pengenalan diri berasaskan agama. Mereka tuntut orang bukan Islam boleh kawin dengan orang Islam tanpa perlu masuk Islam. Hancur keluarga dan generasi umat Islam kalau jadi begitu. Mereka tuntut program dakwah agama lain kepada orang Islam dibenarkan, termasuklah anak-anak kecil. Dan macam-macam lagilah cerita tuntutan IFC ni.

DAP juga adalah tulang belakang kuat kumpulan COMANGO. Mereka tuntut dibenarkan seks songsang dan jangan dikategorikan sebagai jenayah. Saya pun tak tahu kenapa bersungguh sangat mereka pertahan seks songsang. Mereka minta hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Mereka minta dihapuskan beberapa kesalahan jenayah syariah seperti khalwat dan seumpamanya. Tebal kertas tuntutan COMANGO dan ini cuma sebahagian kecil darinya. Mereka lobi negara luar untuk tekan Malaysia. Tikam belakang namanya.

Sebelum itu ada sembilan Menteri bukan Islam buat tuntutan juga. Yang ini sekutu DAP pula. Mereka tuntut semakan semula peruntukan perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Mahkamah Sivil dari mencampuri keputusan Mahkamah Syariah. Kedudukan Mahkamah Syariah pun nak campur tangan.

Ada juga tuntutan Dong Zong. Yang ni DAP juga. Mereka minta kerajaan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Pelajar Cina warganegara Malaysia boleh masuk universiti tempatan tanpa SPM. Dah jadi dua aliran pendidikan pulak. Bahasa Melayu dah jadi bukan syarat wajib masuk IPT. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mereka nak campak begitu sahaja.

Jangan lupa juga 83 tuntutan Suqiu. DAP juga tu. Tuntut supaya barisan senator dipilih oleh rakyat menggantikan pemilihan majoriti senator oleh YDP Agong. Minta pilihanraya kerajaan tempatan oleh rakyat yang jelas bertentangan dengan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan). Hak bumiputera, kouta kemasukan ke IPT semua dipertikai.

Jangan lupa juga DAP ni suka October Fest dan mempertahankannya dengan sungguh-sungguh. Pesta arak nak dijadikan sambutan tahunan macam Eropah. Jangan lupa juga yang DAP ni dah beberapa kali gertak-gertak Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan pertikai kewujudan JAKIM. Jangan lupa juga isu pimpinan DAP dengan Sultan Perak dan Sultan Selangor.

Dengan apa yang DAP dah buat, masih ada juga orang Melayu yang masih memandang DAP sebagai suci. Kenapa masih kata bahawa tindakan DAP tidak bertentangan dengan Perlembagaan? Kenapa memutar belit dalil dan pandangan ulamak untuk membenarkan apa yang DAP buat?

Sokong LGBT, perendah institusi agama, permain titah Sultan, lobi negara luar tekan kerajaan Malaysia, lawan perlembagaan …..

ini zimmi???? ayooolahai

3 thoughts on “Zimmi La Sangat

  1. Kita perlu kalahkan mereka di peti undi saja,itu pun tak kan orang Islam tak sanggup lakukan.Inilah tentangan yg di maksudkan oleh Mufti Pahang tu,Yg terus nak bersahabat dgn DAP tu,elok kita naishatkan ,kalau tak jalan elok tolak mereka bersama DAP di peti undi.

    Like

  2. Usah pilih bulu. Kalau parti Melayu boleh di batalkan, Lojiknya kafir harbi juga boleh. Tang kenapa kafir harbi belum terbatal setelah CECnya buat taik teramatlah pelik.

    Like

  3. Masya Allah !!!
    Sudah jelas bersinar dan terang benderang akan semua tindakan dan perilaku mereka bertentangan dan menyongsong lagi menyongsang terhadap apa jua hukum dan kemuliaan Islam, segala yang termaktub dalam perlembagaan, yang berkait dengan kepentingan Melayu dan semua yang bersabit dengannya.

    Sudah nyata tindakan politik mereka menyanggah undang2, peraturan dan tatasusila pertubuhan , kenapa tiada tindakan wajar dan segera dikenakan terhadap mereka ? Sewajarnya nama parti tersebut sudah lama dinyahkan daripada persada politik tanahair ekoran banyaknya tindakan dan usaha yang mereka lakukan (sama ada secara individu mahupun atas nama parti) menyalahi dan menyanggah kesemua ketetapan,norma dan peraturan yang ada.
    Kenapa tidak diHARAMKAN saja kewujudannya kerana banyaknya keburukan yang terhasil berbanding peranan check and balance yang sepatutnya dilakukan mereka ?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s