DAP Pulau Pinang Adakan Mesyuarat Tergempar Esok

GEORGE TOWN – DAP Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat tergempar esok berikutan penahanan Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata mesyuarat itu akan diadakan sejurus Lim, yang akan dihadapkan ke mahkamah esok, dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah.

“DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa negeri tergempar esok untuk membuat keputusan bagi menangani krisis politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu hanya akan diadakan dengan kehadiran Lim.

Chow yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, berkata DAP menganggap tuduhan terhadap Lim berunsur politik untuk mematikan kariernya.

“Pesanan Lim kepada saya adalah menguatkan semangat menghadapi krisis politik ini dan memastikan parti dan kerajaan negeri tetap kukuh dalam masa ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dalam satu kenyataan berkata PKR akan sentiasa menyokong dan berdiri teguh di belakang ketua menteri itu.

Lim sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Phang Li Koon dan dikatakan di bawah harga pasaran.

Mei lepas, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s