DAP Yakin PAN Masih Ada Harapan Untuk PRU 14

AIDCNews – 29/6/16 –Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan dan Sungai Besar bukan ukuran sebenar untuk menentukan kerelevanan Parti Amanah Negara (PAN) dalam arena politik di negara ini, kata Setiausaha organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Loke berkata PRN Sarawak lebih bersifat kenegerian, manakala keputusan yang diperolehi PAN pada dua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar disifatkannya sebagai ‘di bawah jangkaan’.

“Dua PRK ini..kita secara terus terang..keputusan yang dicapai (calon PAN) itu di bawah jangkaan kita.

“Namun begitu, kita semua perlu memikul tanggungjawab (di atas kekalahan calon PAN itu). Sudah tentu pimpinan dan rakan-rakan Pakatan Harapan akan bersama-sama memikul tanggungjawab itu untuk membantu proses naikkan parti Amanah,”katanya dalam sebuah forum bertajuk “Amanah membawa tuah atau rebah” di Petaling Jaya semalam.

Namun, pendapat Loke itu dibidas oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PSM S Arutchelvan yang berkata kekalahan PAN di dua PRK itu bukan berpunca dari parti itu sendiri, tetapi berpunca daripada Pakatan Harapan.

Katanya, PAN adalah sebuah parti mangsa keadaan, sambil menambah bahawa masalahnya bukannya PAN tetapi Pakatan Harapan.

“Masalahnya bukan Amanah tetapi Pakatan Harapan sendiri,”katanya.

Advertisements

One thought on “DAP Yakin PAN Masih Ada Harapan Untuk PRU 14

  1. Yang penting bukan harapan tetapi dapatan

    Berada dalam Kapal Harapan atau Tanjung Harapan tidak bermaka ada harapan

    Siapapun boleh menang namun menang secara apa akan dipersoalkan

    Menang tapi kerusi cukup-cukup makan, akan menjurus kepada menang sorak kampung tergadai.

    Dan bila kampung tiada, selamanyalah kerinduan dalam kesayuan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s