Guan Eng Ditahan SPRM Sebentar Tadi

IMG-20160629-WA0003GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar tadi.

Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguatkuasa SPRM ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri.

Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.

Selain itu, difahamkan penahanan Guan Eng itu berkemungkinan berkait dengan isu banglo terbabit.

Bagaimanapun, dalam usaha menahan Ahli Parlimen Bagan itu, pihak SPRM telah mengambil tindakan dan bekerjasama dengan pasukan polis yang turut kelihatan di sekitar pekarangan Komtar.

Kehadiran anggota polis itu difahamkan bagi menjaga ketenteraman dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku – SH

IMG-20160629-WA0002 (2)

Advertisements

3 thoughts on “Guan Eng Ditahan SPRM Sebentar Tadi

  1. I am not a DAP supporter neither do UMNO but i m malaysian malay. Even Mr Lim Guan Eng has been arrested but this doesnt mean rakyat has forgotten about another corrupted leader. I just hope this is not to distract rakyat about the 1MDB scandal. Act of desperation. AG, rakyat is observing. We know whats wrong and what is right.

    Like

  2. this another stupid malay.. maybe westernize malay. 1MDB is all gone .. no more issue… only fuckatan keep mumbling the issue… no other blogger give any shits on this issue any more. This tokong is detained based on the fact he is corrupted. MACC will not simply detain if there are no evidence.. so accept it.. you only find fault and believe other people wrong doing but do not want to accept wrong doing by this tokong.

    Like

  3. Serangan keatas 1MDB sebenarnya bermotifkan menyelamatkan blok kroni mantan P.M yg sdg menguasai kek ekonomi negara. 1MDB bnyk ambil alih projek kerajaan yg sebelum ini dikuasai kroni mantan P.M.

    Rasanya mmg ada wujud masalah diperingkat awal ketika dikenali TRD bwh kerajaan Terengganu. Apapun ia sudah diselamatkan oleh kerajaan pusat. Ketika dikenali 1MDB pengurusannya jauh lebih terlus dan professional.
    Dan jika ada bukti Najib terlibat sudah lama nama Najib tersenarai dlm Panama leaks dan CIA kerana memiliki simpanan luar negara. Ini tidak sebaliknya ProTun yg tersenarai.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s