Guan Eng & Phang Li Koon Akan Dihadapkan Ke Mahkamah Esok

guan eng-phangGEORGE TOWN- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo di Jalan Pinhorn, di sini Phang Li Koon.

SPRM dalam kenyataannya di sini berkata Lim ditahan di pejabatnya di Tingkat 28, Bangunan Komtar di sini pada pukul 5.45 petang manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, di sini.

SPRM telah melaksanakan tangkapan ke atas Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon setelah mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok,” kata SPRM dalam kenyataan itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Phang akan dituduh mengikut Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pagi esok.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau akan mengetuai barisan pihak pendakwaan esok.

“Insya-Allah, saya akan mengetuai barisan pihak pendakwaan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang esok,” katanya kepada Bernama.

Lim dan Phang dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.

Lim dibawa ke ibu pejabat SPRM dengan diiringi peguamnya R.S.N Rayer yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima, dengan kereta rasmi kerajaan negeri pada 6.30 petang.

Sebelum ditahan, Lim berada di pejabatnya bagi mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.

Pada tengah hari, Lim turut mengadakan sidang akhbar berhubung debat terowong dasar laut yang diadakan di sini malam tadi.

Sementara itu, beberapa anggota keluarga Guan Eng dilihat berada di ibu pejabat SPRM di sini.

Lim sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Phang dan dikatakan di bawah harga pasaran.

Mei lepas, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Mac lepas, Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan kedua-dua isu itu pada persidangan Dewan Rakyat – BERNAMA

phang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s