Musa Tidak Sangka Sanjeevan Hanya Nampak Baik Di Depan Sahaja…

AIDCNews – 29/6/16 –Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Musa Hassan tidak menyangka Pengerusi MyWatch, Datuk Sri R Sanjeevan hanya nampak baik di depan sahaja, tetapi memalukan jika siasatan polis mendapati dia benar-benar terlibat dalam aktiviti peras ugut itu

Tambahnya, jika pertuduhan itu benar, ia bukan sahaja memalukan Sanjeevan, malah turut mencemar imejsemua NGO antijenayah yang wujud di Malaysia.

“Kalau betul. Memalukanlah. Kerana lama kelamaan, masyarakat tidak akan percaya dengan NGO-NGO yang diwujudkan untuk mencegah jenayah.

“NGO-NGO (anti-jenayah) ini patut lebih kredibel sebab dia nak bantu masyarakat. Tetapi kalau mereka pula bertindak sebaliknya, daripada membantu mencegah jenayah kepada terlibat sama dengan kegiatan-kegiatan yang tidak betul, maka haram lah..malulah kita,”katanya.

Musa turut mengakui beliau terkejut apabila Sanjeevan telah ditangkap polis kerana dia kelihatan jujur dan baik.

“Selepas (Sanjeevan) ditangkap, saya dapati sebaliknya. Jadi saya rasa agak memalukan.

Musa sebelum ini pernah dilantik sebagai penaung MyWatch yang diterajui Sanjeevan, namun beliau meninggalkan NGO itu pada September 2013, apabila mendapati NGO itu ada ciri-ciri keganjilan.

Beliau berkata, MyWatch tidak pernah membabitkannya dalam mesyuarat dan pembabitannya dalam NGO berkenaan hanya sebagai penaung yang bertujuan memberi nasihat mengenai perjalanan MyWatch.

“Saya minta untuk mengadakan mesyuarat dengan ahli tetapi sampai akhirnya tiada satu pun mesyuarat yang diadakan.

“Saya melihat keganjilan dalam perjalanan MyWatch namun saya tidak menyalahkan sesiapa dalam NGO itu,”kata Musa.

Sementara itu, dilaporkan reman polis terhadap Sanjeevan dan pemandunya yang merupakan seorang lelaki warga India, dilanjutkan sehingga esok bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes peras ugut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 22 Jun lalu, mereka berdua ditahan polis berdekatan Plaza Tol Nilai kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Menurut laporan portal berita, pengerusi NGO berumur 32 tahun itu yang tinggal di Kajang ditahan pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, sebaik menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu yang merupakan seorang pengusaha perjudian haram berumur 38 tahun.

Menurut laporan itu, dalam tangkapan jam 10.50 malam Rabu itu, polis turut menemui wang tunai RM16,080 di dalam kereta suspek.

Advertisements

One thought on “Musa Tidak Sangka Sanjeevan Hanya Nampak Baik Di Depan Sahaja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s