Setiausaha Agung Gerakan Kecewa Lim Hock Seng Gagal Kawal Perasaan Semasa Debat

AIDCNews – 29/6/16 –Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng kecewa dengan sikap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng yang gagal mengawal kemarahannya telah mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ dan ‘celaka’ kepada lawan debatnya.

Namun Liang tetap tenang tetapi penyokong kedua-dua pihak telah menimbulkan suasana kecoh selepas penyokong pemimpin Gerakan itu memprotes perkataan yang digunakan Hock Seng itu.

Mereka berdua telah berdebat berkaitan tajuk “Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut” di Kompleks Masyarakat Penyayang malam tadi.

Debat yang membincangkan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) bernilai RM27 bilion itu dikendalikan oleh moderator Lee Khai bermula 9 malam dan berakhir pada kira-kira 10.30 malam dengan dihadiri lebih seribu penyokong kedua-dua pihak.

hock seng

Bercakap kepada pemberita selepas debat itu, Liang menyatakan Hock Seng yang merupakan seorang wakil rakyat yang sangat berpengalaman sepatutnya mengawal emosi dan berbahas secara rasional dan waras.

Katanya, Hock Seng tidak menjawab setiap soalan yang dibangkitkan mengenai projek pembinaan terowong dasar laut dan juga tiga lebuh raya utama.

“Saya berasa seronok berpeluang untuk berbahas malam ini supaya rakyat akan lebih faham tentang projek ini namun kecewa dengan kelakuan dan perbahasan Lim yang menggunakan perkataan kurang sopan seperti bodoh dan celaka,” katanya.

Liang mengesyorkan Audit Negara diundang untuk membuat penauditan terhadap PIP sekiranya tiada apa-apa yang cuba disembunyi oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.

“Kerajaan negeri harus menjemput Audit Negara untuk membuat pengauditan terhadap projek ini sekiranya tiada apa-apa yang cuba disembunyikan daripada rakyat,” katanya.

Beliau juga berkata pelbagai soalan telah dikemukakan untuk mendapat penjelasan daripada Hock Seng namun tidak ada satu soalan pun cuba dijawab sebaliknya Hock Seng cuba mempersoalkan isu-isu yang tidak berkaitan.

“Apa yang cuba dibawa oleh Hock Seng sudah lari daripada tajuk. Saya cuba mempersoalkan keperluan terowong dasar laut, mengapakah kerajaan berbelanja begitu banyak dalam kajian kebolehlaksanaan dan apakah sebab dalam kenyataan bercanggah antara kerajaan dan kontraktor projek namun tiada jawapan diterima,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s