DAP Dipimpin Oleh Orang Yang Didakwa Rasuah Di Mahkamah ?

kitAIDCNews – 30/6/16 –DAP dilihat mengamalkan politik double standard dan pendakwaan terpilih di mana individu yang dituduh di mahkamah mengamalkan rasuah dikekalkan memegang jawatan parti tanpa sebarang tindakan disiplin, sementara individu yang tidak dikenakan apa-apa pertuduhan mahkamah dipecat parti.

Politik double standard dan pendakwaan terpilih yang diamalkan DAP itu didedahkan oleh Roslan Abdullah yang membandingkan kes Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan kes ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee Heng.

“Memecat ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee Heng atas TUDUHAN menyalahgunakan wang SUMBANGAN, sedangkan kes PEMECATAN ini dibuat tanpa Loh Chee Heng disiasat oleh pihak berkuasa SPRM dan TIADA SEBARANG DAKWAAN di MAHKAMAH,”katanya.

Tambahnya, begitu juga dengan tindakan DAP menggantungkan keahlian parti selama setahun terhadap bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San yang juga ADUN Duyong atas tuduhan “mengeluarkan kenyataan yang meroskan imej parti”.

“Berbanding dengan kedua-dua kes yang DAP telah ambil tindakan (menggantung dan memecat kedua-dua pemimpin DAP ini), tuduhan yang dibuat ke atas Guan Eng adalah lebih besar dan lebih serius – dan SEPATUTNYA Guan Eng digantung dari DAP untuk melancarkan siasatan yang dilakukan oleh SPRM ke atasnya,”katanya.

Roslan Abdullah berpendapat pertuduhan di mahkamah terhadap Guan Eng adalah sama seperti kes pertuduhan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo sebelum ini.

“Senario kes Guan Eng adalah hampir sama dengan kes Khir Toyo – dan Khir Toyo didapati BERSALAH oleh MAHKAMAH,”katanya lagi.

Advertisements

One thought on “DAP Dipimpin Oleh Orang Yang Didakwa Rasuah Di Mahkamah ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s