Terowong Dasar Laut Pulau Pinang : Satu Projek, Dua Nilai

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang Jason Loo berkata, sejak isu berkenaan dibangkitkan, Ketua Menteri Lim Guan Eng serta ekconya Lim Hock Seng menegaskan kos terowong dasar laut ialah RM 3.7 bilion.

Namun Jawatankuasa Kira-kira Negeri Pulau Pinang (PAC) yang diarahkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk menjalankan siasatan bagi projek mega itu pula menunjukkan sebaliknya.

Kata Jason, PAC melaporkan kosnya hanya RM 3.5 bilion.

“Kos yang terpapar di MalaysiaKini, MalayMail serta NST pada 11hb, Jun menunjukkan angka RM 3.7 bilion. Akan tetapi, laporan PAC menunjukkan bahawa kos terowong dasar laut hanya menelan belanja RM 3.5 bilion.

“Jadi, soalan kami ialah kenapa terdapat dua angka yang bercanggah dalam satu projek? Siapakah yang patut kita percayai? Lim (Lim Guan Eng atau Lim Hock Seng) yang mana satu atau laporan PAC?”, tanya Jason.

Katanya, RM 0.2 bilion adalah perbezaan yang ketara dan tidak boleh lepas pandang dengan mudah mengambil kira Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat bayaran kepada pemaju Konsortium Zenith BUCG dengan pemberian hak milik tanah.

Ujar Jason, wang itu adalah milik rakyat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu bertanggungjawab menjelaskan percanggahan itu kepada rakyat Pulau Pinang atas dasar ketelusan.

“Berapakah itu RM 0.2 bilion? RM 3.7 bilion tolak RM 3.5 bilion ialah RM 0.2 bilion atau bersamaan dengan RM 200 juta. Saya selalu mengaitkan kepada rumah kos rendah. Jika RM 200 juta dibahagikan kepada RM 42 ribu iaitu harga satu unit rumah kos rendah, kita dapat mendirikan 4762 unit rumah kos rendah di Pulau Pinang untuk dibeli oleh golongan muda tak kira kelayakan akademik mereka.”, tambahan Jason.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s