DAP Hanya Sibuk Kutip Derma RM1 Juta Kepada Perasuah..

hengAIDCNews – 01/7/16 –DAP mengamalkan sikap hipokrasi hanya sibuk mengutip derma RM1 juta kepada orang yang dituduh mengamalkan rasuah di mahkamah, tetapi tidak mempedulikan nasib aktivis DAP Sarawak yang memerlukan jumlah kos yang sama untuk rawatan kos ketumbuhan otak.

Perkara itu didedahkan oleh My Nation News ketika membandingkan kes Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan kes bekas ahli Parlimen DAP Sibu Sarawak, Wong Ho Leng.

“Pada Januari 2013, ketika Ahli Parlimen DAP di Sibu, Wong Ho Leng menjalani rawatan ketumbuhan otak, parti itu langsung tidak mengendahkan mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 22 JUn 2014.

“Isteri Ho Leong, Irene Chang turut berang terhadap sikap kepimpinan DAP tidak memperdulikan langsung kos terpaksa ditanggung keluarga mereka ketika itu,” dedah My Nation News yang turut melampirkan artikel kemarahan isteri Ho bertajuk “Wife of YB Wong Ho Leng blasts own party for failure to provide financial support for brain tumour treatment

Lapornya lagi, tidak seperti nasib Ho Leng, DAP mengambil inisiatif mengutip derma RM10 kepada Guan Eng atas pertuduhan kes rasuah di mahkamah.

“Tidak seperti kempen solidariti mengutip RM10 untuk kes didakwa melakukan rasuah, tiada langsung kempen yang serupa untuk Ho Leng sehingga meninggal dunia.

“Malah, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang mengumumkan untuk membantu Ho Leng menjelaskan kos rawatan mendian Ho Leng ketika itu berjumlah RM1 juta.

“Itu jumlah yang sama digunakan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh untuk menjamin Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

“Tetapi mengapa ketika ahli parlimennya sendiri sedang bertarung nyawa, pemimpin DAP buat bodoh tetapi sanggup bersusah payah melancarkan kutipan untuk membantu perbuatan jenayah yang Setiausaha Agung mereka yang sudah didakwa di mahkamah?,” soal laman itu.

Sementara itu, laman mynewshub mempertikaikan langkah DAP melancarkan kempen mengutip RM10 setiap individu, sedangkan bayaran ikat jamin sebanyak RM1 juta telah dilangsaikan oleh Boon Poh.

“Pelik bin Ajaib. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang ditahan atas tuduhan rasuah telah pun dibebaskan dengan bayaran ikat jamin sejumlah RM1 juta pada Khamis, oleh penjamin yang dikenali sebagai Phee Boon Poh.

“Pun begitu, DAP Pulau Pinang menerusi Setiausaha Agung parti itu tetap mengeluarkan satu kenyataan merayu rakyat Malaysia menderma RM10 seorang bagi menampung wang ikat jamin tersebut, semalam.

“Apa yang menimbulkan persoalan, jika wang ikat jamin RM1 juta itu telah pun selesai dibayar mengapa parti itu masih mahu meminta simpati wang orang ramai?

“Malah, individu yang melangsaikan wang ikat jamin tersebut bukanlah calang-calang orang kerana beliau merupakan jutawan yang memiliki 8 hartanah, 24 saham syarikat dan 6 akaun unit trust,”lapornya.

rm1

ramesh

leng

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s