DAP Tak Perlu Gusar Jika Guan Eng Tak Salah – PAS Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – “Tiada apa yang perlu digusarkan sekiranya benar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak bersalah,” kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Fauzi Yusof.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak khasnya kaum keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya bertenang dalam menghadapi pendakwaan yang dikenakan ke atas Guan Eng.

“Beliau perlu diberi hak untuk tampil membela diri menjelaskan kepada mahkamah berhubung isu yang menyentuh integritinya sebagai pemimpin utama kerajaan Pulau Pinang.

“Sekalipun Guan Eng dan sekutunya (Pakatan Harapan) sering menyerang PAS dengan pelbagai tohmahan dan fitnah, namun PAS tetap bertindak selaras dengan ajaran al-Quran supaya berlaku adil dengan semua pihak termasuk musuh,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP selama ini sering menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak amanah kini berhadapan dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah selepas siasatan SPRM mempercayai beliau yang sebenarnya tidak amanah dalam melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Beliau yang berusia 56 tahun didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya. – Mynewshub.cc

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s