PAN Yakin Boleh Menang PRU 14 Walaupun 3 Penjuru

AIDCNews – 02/7/16 –Parti Amanah Negara (PAN) meletakkan keyakinan boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) meskipun bertanding tiga penjuru.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad.

Khalid berkata masyarakat umum hari ini perlu diyakini bahawa hanya Pakatan Harapan (PH) sahaja yang dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan PAN adalah satu-satunya alternatif melawan Barisan Nasional(BN).

“Kita mesti kerja keras untuk memastikan masyarakat umum menyedari sepenuhnya bahawa hanya satu pakatan pembangkang yang menjadi alternatif kepada Barisan Nasional, iaitu Pakatan Harapan.

“Jika mesej ini sampai sepenuhnya (kepada masyarakat), saya amat yakin dengan perkembangan politik terkini, PAS berpecah, UMNO juga berpecah..

“Jika UMNO selepas ini hanya mendapat 50 peratus daripada pengundi Melayu, dan bakinya akan berpecah di antara PAS dan Amanah, dengan sokongan kuat daripada pengundi bukan Melayu (kepada calon PAN) , kita mempunyai peluang terbaik untuk menang jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan (pusat),”kata Khalid dalam Forum: Malaysia Is There Hope Yet?, 29 Jun di KLSCAH.

Turut hadir berforum bersama Khalid ialah Pengerusi DAP Selangor, Tonny Pua; Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s