Husam Gesa Iskandar Sertai PH Supaya Kekal Jadi YB Selangor

AIDCNews – 03/7/16 –Bekas ahli PAS yang dipecat, Datuk Husam Musa menyeru Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A Samad segera menyertai Pakatan Harapan (PH), jika mahu kekal menjadi wakil rakyat di Selangor.

“Di Selangor kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya adalah pengerusi “Road Map” PAS PRU 13 dan kita memang sasarkan untuk menang 15 kerusi di Selangor dengan memilih kerusi-kerusi campuran supaya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) waktu itu dapat melonjakkan undi bagi mengalahkan BN.

“Kini tanpa lonjakan sokongan luar PAS kita boleh baca dengan tepat kesemua 15 kerusi itu PAS akan kalah termasuk Dr. Rani dan Dr. Halimah sekalipun,” ujar Husam di majlis makan colek anjuran PAN Kelantan malam tadi.

Husam berkata demikian dengan merujuk keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang menunjukkan PAS kembali kalah di semua kerusi-kerusi campuran dan kerusi-kerusi ‘marginal’ kawasan majoriti Melayu.

Berkaitan dengan Negeri Kelantan Husam turut meramalkan PAS akan kalah dalam PRU akan datang, tetapi bukan kepada UMNO, sebaliknya jatuh kepada PAN.

“Yang menjadi isu sekarang, kerajaan PAS yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa,” soal beliau.

UMNO katanya telah memasang angan-angan untuk kembali berkuasa di Kelantan,tetapi dakwanya parti itu tidak mampu kerana perpecahan dalaman.

“Tapi kena ingat dengan badai yang sedang melanda UMNO sekarang, mereka pun tahu situasi telah berbeza dan kubu mereka termasuk di Johor sedang terumbang ambing dan mungkin runtuh,” katanya.

Menurutnya, gerakan yang kini dipanggil 3M, iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz tidak boleh dipandang ringan dan ia boleh bangkit membentuk gegaran besar jika diatur dengan sempurna.

“Sebab itu di Kelantan ini kalau Amanah benar-benar mahu ambil alih, ia tidak pelik dengan syarat buat kerja kuat dan berstrategi dan elak perangai buruk parti lama berkelahi dengan semua orang,” katanya.

teresa

One thought on “Husam Gesa Iskandar Sertai PH Supaya Kekal Jadi YB Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s