PAS Sedia Kerjasama Dengan DAP Dengan Syarat Hidupkan Kembali Pakatan Rakyat

AIDCNews – 03/7/16 – PAS sedia bekerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) dengan syarat menghidupkan semula Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan PAS tanpa PAN, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata demikian khususnya merujuk kepada Negeri Selangor.

“Persefahaman yang membawa wujudnya Pakatan Rakyat itu boleh diwujudkan kembali. (Tapi) DAP kena hormati prinsip Islam yang kita bawa sebagaimana kita hormat prinsip demokrasi DAP bawa.

“DAP kena bersedialah sebab nanti DAP akan dilihat sebagai berasa kalah dan sebagainya. Kita nak bagitahu PAS tetap pertahankan prinsip. Kita banyak cara (jalan) ke Putrajaya tetapi kita tidak putus harapan dengan hanya semata-mata pilihan raya tak dapat Putrajaya,” ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.

Menyentuh berkenaan kedudukan PAN, Sallehen berkata perkara itu bergantung kepada DAP dan PKR.

“Saya tak sebut tentang PAN sebab parti itu tidak wujud dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri.

“PAN kita serahkan pada DAP dan PKR. Mungkin kalau DAP nak bagi kerusi pada dia sebab DAP dah buat kenyataan bahawa PAN hanya boleh tanding di kawasan majoriti bukan Islam, jadi DAPlah bagi kerusi pada PAN,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata untuk mengelak pertandingan tiga penjuru pada PRU 14, Pakatan Harapan (PH) mesti menghormati PAS sebagai pembangkang.

“Formulanya cukup mudah, cukup jelas.. mana-mana kerusi PAS, PAS bertanding. Mana-mana kerusi PKR, PKR bertanding atau mungkin mereka nak bagi pada PAN, mana-mana kerusi DAP, DAP bertanding,” kata beliau

Zuhdi berkata selagi PH tidak menghormati ‘perkiraan’ tersebut, maka senario sebagaimana yang berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang lagi.

6 thoughts on “PAS Sedia Kerjasama Dengan DAP Dengan Syarat Hidupkan Kembali Pakatan Rakyat

  1. Inilah penyakit orang politik,suka mebuat kenyatan,hasilnya parti sendiri yg dilihat lemah,tak mempunyai pendirian,masih tidak dapat mengikis cinta dunia,menjadikan pengikut dan rakyat am nya keliru dan tertanya-tanya ,apa pendirian parti ini sebenarnya.Kononnya mahu menjatuhkan BN tapi hasilnya BN juga yg bakal di pilih rakyat keran kekeliruan ini.Lagi pun awak tu tak mungkin lagi akan di percayai oleh kaum Cina,jadi tak usahlah terhegeh-hegeh membuat kenyataai seoalah-olah malu-malu kucing ,tapi masih sangat bernafu,

    Like

  2. Benar skali sman.pas masih terhegeh hegeh.benci tp masih rindu.memalukan.ibarat gila talak pada dap dgn kenyataan sebegini.

    Like

  3. Adakah dia pengsan/ tak sedar saat perpecahan pro DAP dgn pro ulama dlmn PAS sehingga tertubuhnya PAN? Tujuan DAP campurtangan hal dalaman PAS kerana mereka menolak pro ulama. Salam Aidilfitri AIDC.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s