Puluhan Tahun Berjuang, Akhirnya Reputasi Kit Siang Jatuh Kerana Anak

lge2AIDCNews – 03/7/16 – Puluhan tahun Lim Kit Siang berjuang dalam DAP melawan korupsi, akhirnya reputasi penasihat DAP itu jatuh kerana anaknya.

“Secara peribadi saya simpati dengan YB Lim Kit Siang. Puluhan tahun berjuang tanpa skandal apatah lagi salahguna kuasa. Akhirnya?, “kata bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Hussin dalam Twitternya hari ini.

“Mungkin peribahasa “Bapak Borek Anak Rintek” tidak terpakai dalam situasi ini- bila dikira sejarah Perjuangan si bapa,”katanya lagi.

Faekah berkata demikian sebagai merujuk tindakan Kit Siang berada di barisan hadapan bersama anaknya, Lim Guan Eng menyertai program ‘Solidariti Bersama Guan Eng’ di Pulau Pinang pagi ini.

Program itu melibatkan perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit dari Lebuh Pantai dan berakhir di Padang Kota Lama, disertai oleh penyokong DAP yang berpakaian t-shirt berwarna warni melaungkan slogan solidariti untuk Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

“Memang ini yg diharapkan musuh politik. Selepas ini DAP akan terhalang dari memekik memperjuangkan Integriti dan Telus,”kata Faekah lagi.

lge3

Guan Eng kini menghadapi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di bawah Seksyen Seksyen 23 Akta SPRM yang dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan .

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Guan Eng, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

lge1

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua itu Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu bekas pemilik banglo itu Phang Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

kronologi kes lge

Advertisements

One thought on “Puluhan Tahun Berjuang, Akhirnya Reputasi Kit Siang Jatuh Kerana Anak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s