Rahim Thamby Chik Ancam Saman Mat Sabu

rahim-thambi-chik-417x300PETALING JAYA:Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana didakwa menuduh beliau atas kesalahan seksual.

“Saya tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah atas kesalahan seksual dan saya akan memastikan Mat Sabu diheret ke mahkamah,” kata bekas Ketua Menteri Melaka itu menerusi Twitternya pada malam Sabtu.

Mat Sabu dilaporkan menyifatkan penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai ‘tayangan ulangan’ plot yang sama.

Bercakap kepada orang ramai di luar pejabat SPRM Pulau Pinang pada malam Khamis, bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata apa yang menimpa Lim merupakan ulang episod sama seperti berlaku pada 1998.

Beliau mendakwa Lim mempertahankan mangsa dan akhirnya dipenjarakan.

Abdul Rahim merupakan Ketua Menteri Melaka dari 1982 hingga 1994 dan dituduh terbabit kes rogol budak bawah umur.

Beliau kemudiannya menggosongkan sementara kedudukannya sementara menunggu siasatan kes tersebut.

Pada 1994, Peguam Negara ketika itu memutuskan bahawa tiada bukti yang cukup untuk mendakwanya di mahkamah – Mstar

rtc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s