Phahrolrazi Tempelak G18 Gagal Bina Kekuatan Akar-Umbi PAN

AIDCNews – 04/7/16 –Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menempelak kumpulan G18 yang dilihat masih gagal membina kekuatan akar umbi PAN di peringkat cawangan.

Kumpulan G18 adalah kumpulan bekas profesional PAS yang tidak memberi laluan kepada PASMA ketika kumpulan serpihan PAS itu mahu menubuhkan parti baharu tahun itu.

“Pada awalnya G18 itu pada peringkat penubuhan, dia melihat bahawa dia mempunyai kekuatan yang cukup tapi kami memberi pendapat bahawa dalam konteks parti politik kita perlu menerima semua pihak untuk menjadi besar.

“Semua pihak yang menyokong dia hendaklah dijemput untuk turut serta di dalam sesuatu parti politik jadi oleh sebab itu kita (PASMA) mengambil pendirian menyertai Amanah dan mereka bersetuju dan membuka ruang seluasnya pada NGO,” kata Phahrolrazi ketika diwawancara Antarapos.

Pada 24 Jun tahun lalu, wakil kumpulan G18, Hanipa Maidin meminta PASMA memberi laluan kepada kumpulan bekas profesional PAS untuk menubuhkan parti baharu kerana PASMA tidak mempunyai daya tarikan yang cukup di peringkat akar umbi untuk berbuat demikian.

“Saya tidak kata (PASMA) tidak baik… tetapi secara realistiknya sejumlah ahli PAS masih sangsi mengenai PASMA.

“(Presiden PASMA) Phahrolrazi Mohd Zawawi adalah seorang lelaki yang baik tetapi bagi mereka (akar umbi lihat) dia (sebagai) seorang pengacau dalam kemelut Kedah itu,” kata Hanipa.

Pendapat Hanipa turut disokong oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

“Dari sudut reputasi dan trek rekod dalam lapangan politik, saya percaya kami ada lebih (tarikan) daripada apa yang ditawarkan PASMA,” kata Khalid.

Namun selepas hampir setahun, kumpulan bekas profesional PAS diberi peluang memimpin parti baharu-PAN-parti itu hanya mampu membentuk kekuatan di peringkat pusat dan parlimen sahaja.

“Di peringkat nasional sudah selesai, di peringkat parlimen sudah hampir 150 parlimen ada mempunyai Amanah.

“Sekarang ini mereka terpaksa tubuh akar umbi peringkat cawangan setiap daerah mengundi mesti ada dan ini proses yang perlu dibuat dan tidak boleh lari.

“Ia (PAN) tidak ada kekuatan sendiri dan dengan kekuatan sendiri tidak cukup kuat kecuali dengan sokongan parti-parti PH yang lain,”kata Phahrolrazi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s