Polis Buka 14 Siasatan Terhadap Sanjeevan

AIDCNews – 04/7/16 – Polis telah membuka 14 kertas siasatan di atas pelbagai kesalahan terhadap Pengerusi organisasi bukan kerajaan MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan yang ditahan kerana didakwa melakukan peras ugut pada 23 Jun lalu.

The Sun Daily melaporkan, sumber memberitahu portal itu bahawa selain peras ugut, kes-kes yang lain yang disabitkan kepada Sanjeevan adalah memalsukan dokumen, penipuan, fitnah dan kesalahan berkaitan Akta Imigresen.

Siasatan terhadap kes-kes baharu itu telah dimulakan berikutan pihak polis telah menerima sekurang-kurangnya enam laporan daripada beberapa individu terhadap suspek berusia 32 tahun itu.

Polis juga telah membuka siasatan di bawah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) untuk membekukan dan merampas wang tunai dan aset termasuk kenderaan suspek.

Difahamkan penyiasat juga mendapati suspek mempunyai sekurang-kurangnya RM1 juta dalam bentuk tunai dan aset.

Adalah dipercayai bahawa penyiasat berharap untuk melengkapkan siasatan mereka tidak lama lagi dan mengenakan Sanjeevan di mahkamah atas kesalahan tersebut

Sanjeevan juga berdepan dengan risiko boleh ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) selepas ditahan polis di bawah perintah tahanan reman.

Pengerusi MyWatch itu sejak dari tahun 2013 mendakwa NGO miliknya adalah untuk memerangi jenayah dan salah laku agensi penguatkuasaan telah ditangkap pada 23 Jun lalu kerana didakwa menuntut RM25,000 daripada anggota sindiket perjudian 4D haram selepas mengancam untuk mendedahkan aktiviti haram miliknya.

Ahli sindiket perjudian itu kemudian telah membuat laporan polis di bawah syarat-syarat Akta Perlindungan Saksi sebelum satu pasukan polis Bukit Aman menyerang hendap dan menahan Sanjeevan dalam satu operasi di Nilai selepas dia didakwa telah memiliki wang peras ugut itu.

Datuk R. Sri Sanjeevan Ditahan Reman Minta Wang Perlindungan Pengendali Judi

Musa Tidak Sangka Sanjeevan Hanya Nampak Baik Di Depan Sahaja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s