Roadshow Guan Eng Hina Mahkamah – Bekas Aktivis DAP

AIDCNews – 04/7/16 – Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat roadshow Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah menghina mahkamah kerana kes rasuah yang dipertuduh kepadanya masih lagi dalam perbicaraan.

“Program sebegini satu penghinaan kepada mahkamah. Saya harap pihak berwajib mengambil tindakan memandangkan kes yang telah dibawa ke mahkamah tidak boleh dibincang menggunakan flatform-flatform lain.

“Penganjur program patut disiasat jika ada kemungkinan berlakunya salah guna kuasa dan kedudukan.

“Jawatan di dalam kerajaan dan parti tidak boleh disalh gunakan untuk kepentingan diri. Kes ini merupakan satu kes peribadi, oleh itu Lim Guan Eng tidak boleh menggunakan kedudukannya Ketua Menteri dan Setiausaha Agung DAP sebagai perisai untuk berlindung.

“Beliau patut menjawab pertuduhan di mahkamah dan bukannya di jalanan,”katanya dalam sidang media hari ini.

Tuan Tat berkata demikian sebagai merujuk tindakan Guan Eng menyertai program solidariti untuk dirinya di Pulau Pinang semalam.

Dalam program itu, Guan Eng turut berucap dan menuduh pendakwaan mahkamah yang dikenakan kepadanya adalah manipulasi politik daripada pihak atasan semata-mata.

Sementara itu My Massa dan Tranungkite mendedahkan program Solidariti bersama Guan Eng semalam berkemungkinan besar telah digerakkan oleh kerajaan tempatan (PBT) Pulau Pinang.

PBT adalah agensi kerajaan yang berada di bawah tanggungjawab Ketua Menteri Pulau Pinang yang diketuai Guan Eng sendiri.

Sekurang-kurang dua ahli PBT yang terlibat iaitu Ong Ah Teong dan Harvindar Singh a/l Darshan Singh, yang kedua-dua adalah Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Mereka dilihat sedang memegang baju-baju yang dibekalkan kepada peserta perhimpunan tersebut.

Ong Ah Teong
Harvindar Singh a/l Darshan Singh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s