Saifuddin Nasution Perlekeh PAS Seperti Kaca Mata

AIDCNews – 04/7/16 –Pengarah Pilihan Raya PKR pusat, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyokong PAN yang dianggapnya seperti mata, manakala memperlekehkan PAS yang disifatkannya hanya seperti kaca mata.

“Amanah itu mata bagi PKR. Kita anggap PAS itu cermin mata bagi PKR. Tak pakai pun nampak. Tiada masalah.

“Cermin mata boleh tanggal. Bahkan, sekarang sudah ada rawatan khas yang membolehkan kita tak perlu pakai cermin mata,” ujarnya pada Wacana Terbuka: Amanah Bawa Tuah atau Rebah?, di Petaling Jaya, 28 Jun.

Dalam program lebih dua jam itu juga, Saifuddin dilaporkan portal pro PAN, Malaysia Dateline telah mengungkit kepincangan kepimpinan PAS sejak berada dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pendirian PAS semuanya terletak pada Datuk Seri Hadi Awang walaupun parti itu sudah sedia memiliki struktur dan proses tertentu dalam membuat keputusan.

“PAS dulu dan sekarang ada strukturnya. Semua proses itu terpakai tapi sekarang semua keputusan di pihak Presiden.

“Ketika Langkah Kajang pun, masalah timbul apabila berlaku ‘u-turn’ di pihak PAS,” dedahnya dalam forum yang juga dihadiri Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke itu.

Tambahnya, PAS telah melanggar kesepakatan yang ditandatangani bersama bagi mengelak pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

“(Keputusan rundingan elak pertindihan) kita sudah cantik tapi PAS tetap letak tujuh calon. Bertindih.

“Padahal, kita sudah minta pada pimpinan PAS dalam mesyuarat rasmi bukan tepi jalan. (Hasil selepas itu) negatif,” ujarnya.

Mengakui PKR sukar untuk mengendurkan keegoan PAS, beliau memberitahu pihaknya masih tidak berputus asa untuk berunding dengan parti itu walaupun tidak dapat memberi jaminan untuk “melunakkan” PAS.

“Datuk Seri Wan Azizah (Presiden PKR) pelawa PAS bersama kita (Pakatan Harapan). Usaha (berunding dengan PAS) kita buat sampai sekarang tapi setakat ini kita gagal.

“Saya sendiri berdepan dengan Datuk Mustafa Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man,” jelasnya dalam wacana anjuran Free Public Forum dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu.

“Bila ditanya ‘apa pandangan kamu terhadap DAP’? (Jawab PAS) ‘DAP musuh Islam’. Noktah,” katanya.

Justeru, kecewa dengan sikap PAS yang berbolak-balik, Saifuddin menganggap berjanji dengan Parti Islam itu amat sukar berbanding DAP.

“Kita (PKR dan DAP) tidak langgar perjanjian (bertanding satu lawan satu). Saya sangat terluka (dengan PAS). Lebih mudah berjanji dengan ‘Cina DAP’ daripada pemimpin parti Islam (PAS). Parti saya dikhianati,” luahnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s