Sesi Roadshow Guan Eng Belum Tentu Boleh Yakinkan Rakyat – Penganalisis

AIDCNews – 04/7/16 –Roadshow yang dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng belum tentu boleh menyakinkan rakyat berkaitan dengan pertuduhan rasuah yang dikenakannya kepadanya di mahkamah, kata Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.

“Bagi penyokong setia parti, sudah pasti Guan Eng tak bersalah. Namun bagi golongan atas pagar, sesi penerangan ini diadakan untuk mendekati mereka yang merasakan Guan Eng bersalah atau tidak. Mungkin yang jadi tumpuan adalah percaya atau tidak, atau beri keyakinan kepada mereka seolah-olah Guan Eng tidak bersalah,” ujarnya.

Pandian turut berpendapat penganjuran roadshow seumpama itu tidak lebih sebagai cubaan menagih simpati.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim pula berpendapat Guan Eng tidak perlu mengadakan roadshow tetapi menjawab segala pertuduhan yang dikenakan kepadanya di mahkamah.

“Dalam situasi Guan Eng ini sebagai ketua menteri dia sepatutnya hormati undang-undang. Ada undang-undang bukan kita sebuah negara yang tidak ada undang-undang,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s