Khutbah Aidilfitri Puji RUU Syariah : Naib Presiden PKR Tuntut Jawapan Azmin

darell-leiking (1) AIDCNews – 11/7/16 –Naib Presiden PKR, Darell Leiking menuntut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil memberi penjelasan berhubung dengan khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memuji rang undang-undang persendirian yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Serius, Menteri Besar Selangor Azmin Ali perlu menjelaskan sama ada beliau bersetuju dengan JAIS berkaitan kedudukan ini,”katanya dalam Facebook.

Darell yang juga Ahli Parlimen PKR Penampang berkata demikian ketika mengulas laporan Malaysiakini yang menyebut Khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan oleh JAIS baru-baru ini melafazkan kesyukuran terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi kerana berjaya membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat yang disifatkannya sebagai kemenangan bagi umat Islam.

Khutbah itu juga turut mengucapkan kesyukuran apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak cabaran daripada kumpulan Sister in Islam (SIS) terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai ‘sesat’.

Malaysiakini mendakwa Khubah itu telah dibacakan di masjid-masjid seluruh Selangor.

Khutbah yang seumpama itu kata Darell menampakkan bahawa kumpulan ektrimis sedang memerintah Selangor.

“Sabah telah bersetuju untuk membentuk Persekutuan atas dasar sebuah Persekutuan yang sekular dan bertoleransi.

“Ia mula kelihatan seperti ektrimis sedang mentadbir Negeri Selangor!,”katanya lagi.

Menjawab isu berkenaan, Exco PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Kerajaan Negeri Selangor berkata khutbah raya itu juga tidak mempunyai kaitan politik sebaliknya ia hanya untuk menjaga kesucian Islam.

“Teks khutbah secara prosedurnya melalui tapisan Jawatankuasa Khutbah JAIS, (jadi) tidak timbul dan tiada kawalan daripada kerajaan negeri,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa penuh untuk menapis kandungan teks yang akan diedarkan kepada masjid seluruh negeri.

“Isu khutbah raya menyokong RUU PAS bukan isu politik, apatah lagi untuk kepentingan politik kepartian.

“Ia batu loncatan kepada pemerkasaan Islam di negara kita terutamanya di Selangor dan dari sudut perundangan syariah dalam menjaga akidah umat Islam menurut ahli sunnah wal jamaah,” katanya.

ADUN PAS Sijangkang itu berkata semua pihak terlibat perlu bertanggungjawab membetulkan salah faham yang timbul berhubung niat sebenar pembentangan RUU syariah yang dibentangkan PAS di Parlimen.

“Saya tidak membebankan JAIS untuk memberi penerangan berkaitan RUU tetapi buat masa ini semua yang berkepentingan dalam pemerkasaan Islam perlu memainkan peranan membetulkan manipulasi dan persepsi dimainkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengambil langkah berkecuali dengan mengelak daripada mengulas mengenai isu tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s