Perlekeh Aidilfitri : Nga Kor Ming Cuba Alih Isu Skandal Rasuah Guan Eng

AIDCNews – 11/7/16 – Usaha Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming memuat naik gambar karikatur menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri di Facebooknya dilihat sebagai satu cubaan untuk mengalih isu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal rasuah.

“Dalam perayaan Tahun Baru Cina, kita pula memberi duit raya kepada budak-budak..”kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang menempelak sikap Kor Ming mempersendakan pemberian duit raya kepada kanak-kanak sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Maka saya harap pihak polis mengambil tindakan terhadapnya (Kor Ming),”katanya lagi.

Sementara itu, Kor Ming, dilaporkan telah memadam laman sosial Facebooknya dan hanya aktif di laman mikro Twitter selepas dikecam pelbagai pihak sehingga laporan polis dibuat ke atasnya.

Kor Ming dipercayai bertindak sedemikian selepas polis kini membuka kertas siasatan terhadap posting di Facebook miliknya yang menghina umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Laporan polis dibuat selepas Kor Ming memuat naik karikatur mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak sebagai rasuah.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima beberapa laporan polis terhadap Kor Ming dan siasatan akan dijalankan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

nga

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s