PAN Perlu Ambil Serius Sentimen Ketakutan Pengundi Melayu Terhadap DAP -Tulang Besi

AIDCNews – 11/7/16 –Parti Amanah Negara (PAN) perlu memandang serius dengan sentimen ketakutan pengundi Melayu terhadap DAP, kata blogger pro PAN, Abdul Rahman Abdul Talib.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi berkata jika PAN memandang sebelah mata berkaitan sentimen itu, ia akan mengulangi episod kegagalan Anwar Ibrahim memacu pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum lalu.

“Diminta Amanah jangan pandang rendah ketakutkan Melayu kepada DAP.

“Jangan anggap pengundi-pengundi Melayu rasional dan mampu melihat bahawa DAP bukan musuh.

“Hakikatnya, Anwar Ibrahim sendiri membuat kesilapan besar apabila beliau memandang rendah perkara ini pada tahun 2013.

“Akhirnya Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya,”katanya dalam Facebook semalam.

Tulang Besi yang dianggap salah seorang pemikir muda PAN berkata pengundi Melayu akan hilang pertimbangan memangkah di kertas undi apabila minda mereka disogokkan dengan kempen ketakutan DAP.

“BREXIT membuktikan kita bahwa kempen menakutkan pengundi lebih berkesan dari kempen yg rasional dan masuk akal.

“Hakikatnya, majoriti pengundi membuat pemilihan berdasarkan perasaan bukan akal mereka.

“Kalau Amanah masih terus memandang rendah faktor ini, keputusan Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang lagi selepas ini.

“Lebih teruk PAS pulak dah jadi suara UMNO menakutkan pengundi kepada DAP,”katanya.

Tulang Besi turut memberi cadangan kepada DAP supaya tidak bertanding menggunakan logo sendiri pada PRU ke-14 untuk mengelakkan kehilangan undi Melayu.

“Pimpinan DAP juga wajib ambil perhatian. Wajib DAP supaya bertanding guna lambang PKR dalam PRU depan.

“DAP tidak patut guna lambang DAP lagi. DAP wajib membuat pengorbanan ini memandangkan imej DAP adalah halangan terbesar ke Putrajaya sekarang ini.

“DAP MUDAH JADI MANGSA FITNAH SEBAB DAP TIADA CAWANGAN2 DI KAMPUNG2 MELAYU,”katanya lagi.

tb1

tb2

tb3

tb

tb1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s