Pengerusi MyWatch Ditahan Di Bawah POCA

AIDCNews – 11/7/16 – Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan semalam telah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana dipercayai melakuk ugutan jenayah dan peras ugut.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata Sanjeevan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada pukul 4.30 petang semalam.

Sanjeevan ditahan mengikut Seksyen 3 (1) POCA selama 60 hari lagi kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Sebelum ini, Sanjeevan, 32, dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai pada 22 Jun lepas.

Beliau ditahan susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.

Sanjeevan ditahan bersama-sama pemandunya pada 10 malam 22 Jun, selepas menerima wang perlindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu.

Polis Buka 14 Siasatan Terhadap Sanjeevan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s