Dilanda Skandal Rasuah Guan Eng, DAP Rancang Tangguhkan Pemilihan Parti

AIDCNews – 12/7/16 – Ekoran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sedang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah, parti itu sedang merancang untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya berakhir pada 29 September tahun ini.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata perkara itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif Parti Pusat (CEC) yang akan bermesyuarat tidak lama lagi.

“Kita perlu membincangkan isu ini dalam mesyuarat CEC akan datang kerana penggal sekarang akan berakhir pada 29 September tahun ini. Di bawah perlembagaan parti, kami boleh menangguhkan jangka hayat CEC selama 18 bulan lagi.

“Jika CEC memutuskan sebaliknya, (iaitu) tidak memanggil pemilihan parti buat masa sekarang atau melanjutkan lagi penggal sekarang (ia hanya boleh dibuat) di bawah 18 bulan sahaja. Keputusan itu akan dibuat oleh CEC, “katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu semalam.

Ditanya sama ada Guan Eng akan meletak jawatan sebagai setiausaha agung parti, Loke berkata Guan Eng tidak perlu berbuat demikian kerana tempoh dia memegang jawatan itu adalah selama tiga tahun dan akan berakhir pada 29 September ini.

Namun, Loke berkata Guan Eng masih boleh bertanding dalam CEC dan memegang jawatan lain, kecuali Setiausaha Agung DAP.

“Ia bukan satu persoalan meletak jawatan. Dia masih boleh bertanding dalam CEC. Di bawah perlembagaan parti, Setiausaha Agung hanya boleh berkhidmat selama tiga penggal. [Guan Eng] boleh berkhidmat di mana-mana jawatan lain [selepas itu], “kata Loke.

Pada 30 Jun lalu, Guan Eng telah didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Guan Eng, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua itu dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

5 thoughts on “Dilanda Skandal Rasuah Guan Eng, DAP Rancang Tangguhkan Pemilihan Parti

  1. nak tangguh boleh, nak teruskan pun boleh..pertimbangan yg paling penting ialah dinasti Lim mesti terus berkuasa dalam DAP. ROS tidak sahkan keputusan mesyuaratpun tidak mengapa..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s