Kerusi Wan Azizah Bukan Untuk Muhyiddin – Pakatan Harapan

PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang menolak cadangan supaya bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai ketua pembangkang yang baharu bagi Pakatan Harapan.

Sungguhpun terbuka jika Muhyiddin berminat untuk menyertai pembangkang, namun bekas timbalan perdana menteri itu tidak akan ditawarkan kedudukan yang tinggi khususnya bagi menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Pintu sentiasa terbuka jika beliau mahu sertai kami. Soal jawatan belum ditentukan sehingga ia berlaku.

“Apa yang penting bukan sebagai ketua pembangkang. Kami begitu gembira dengan kepimpinan Dr Wan Azizah,” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Selain itu Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Loke turut melahirkan keyakinan parti itu terhadap Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“DAP meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Dr Wan Azizah untuk meneruskan tugasnya mengetuai pembangkang sebagai ketua pembangkang,” katanya.

Awal bulan ini Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Mazlan Aliman dilaporkan berkata bahawa parti itu mahu Muhyiddin dipertimbangkan untuk dipilih sebagai ketua pembangkang yang baharu.

Mazlan juga dikatakan mengakui wujud perbincangan dalam partinya untuk mencadangkan mengenai pelantikan berkenaan ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun kepimpinan Amanah termasuk Mazlan tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa laporan tersebut jauh tersasar serta berniat jahat –Mstar

Advertisements

One thought on “Kerusi Wan Azizah Bukan Untuk Muhyiddin – Pakatan Harapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s