Saya Hanya Ada 7 Kereta & 1 Motorsikal, Kata Ahli Parlimen PKR Ampang

zu1AIDCNews – 12/7/16 –Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin menafikan beliau memiliki sembilan bulan kereta dan satu motorsikal, sebaliknya mengakui hanya memiliki tujuh kereta dan satu motosikal sahaja.

“Ini bukan kenderaan mewah; kebanyakannya model Jepun dan termasuk van serta trak pikap,” kata Zuraida kepada Malaysiakini hari ini.

“Saya melihat tuduhan-tuduhan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan politik ini secara serius dan sedang berunding dengan peguam saya,” kata Zuraida lagi.

fae

Walau bagaimanapun kenyataan Zuraida yang bersifat ugutan itu gagal menjawab persoalan yang dilontarkan sebelum ini.

Individu pertama yang membuat pendedahan itu , Captain M, hari ini tampil dengan pembongkaran selanjutnya :

1. Captain M mendapat emel dari seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan mendedahkan proksi utama Zuraida Kamaruddin Timbalan Ketua PKR Selangor di Majlis Daerah Hulu Selangor.

2. Sebagaimana pendedahan Captain sebelum ini mengenai penguasaan Zuraida terhadap projek PBT menggunakan kuasa Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Ia turut disahkan dalam kenyataan media CheGuBARD pada 9 Julai mendesak Zuraida Kamaruddin tampil menjelaskan pemilikan 9 kenderaan termasuk sebuah Mercedes Benz S280 atas milik “taukeh” syarikat.

3. Katanya “Zuraidah selaku Timbalan Ketua PKR Selangor yang dikatakan mempunyai kuasa besar dalam melantik ahli majlis PBT seluruh Selangor termasuk Ketua Whip PBT pasti mempunya pengaruh besar dalam menentukan perbagai projek dan ‘perolehan’ dalam Selangor, maka apabila dia yang mampu memiliki perbagai kenderaan atas namanya termasuk kemungkinan memberikanya pada orang lain menggunakan pula kenderaan lain milik’tauke’ ia pasti menimbulkan perbagai persoalan”.

WAN NUR MARSITA AHMAD KETUA WANITA PKR CABANG HULU SELANGOR PROKSI ZURAIDA DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

4. Menurut info dalaman itu Wan Nur Marsita Ahmad Ketua Wanita PKR Cabang Hulu Selangor yang dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor sejak 2014 atas sokongan Zuraida Kamaruddin merupakan ahli majlis yang banyak masalah, menguasai pemilikan tanah, monopoli projek sampah (Kutipan sisa pepejal), penyelenggaraan rumput PBT dan bermacam-macam lagi projek di Majlis Daerah Hulu Selangor yang perlu melalui Marsita Ahmad ini Menggunakan pengaruh Zuraida Kamarudin habis projek MDHS dibolot oleh puak-puak Zuraida.

Belum masuk projek Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) untuk penyelenggaraan jalan seluruh negeri. Untuk rekod Marsita Ahmad dan Suaminya Romeyzee bin Zainuddin seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat sendiri di Hulu Selangor masing-masing memegang jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif. Pengalaman mereka dalam urusniaga dimanfaatkan sepenuhnya dalam Majlis Daerah Hulu Selangor. [Part ini akan didedahkan kemudian].

5. Zuraida Kamaruddin sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor merangkap Ketua Wanita PKR sangat mempercayai Marsita Ahmad ini untuk menguasai PBT seperti MDHS. Difahamkan Zuraida mempunyai semua kaki atau proksinya dalam 12 PBT di Selangor. Marsita Ahmad memainkan peranan di PBT Majlis Daerah Hulu Selangor. Siapakah lagi proksi Zuraida di 11 PBT yang lain di Selangor?

6. Apakah kekayaan Zuraida Kamaruddin yang tidak terdedah semuanya hasil penempatan Proksi Zuraida dalam 12 PBT di Selangor? Sehingga “taukeh” mampu menghadiahkan kenderaaan Mercedes Benz S280 BNT 9138 kepadanya? Hebat Zuraida…

Nantikan selanjutnya….

zu2

CheguBard : Ahli Parlimen PKR Ampang Perlu Jawab Isu Pakai Kereta Milik Tauke

2 thoughts on “Saya Hanya Ada 7 Kereta & 1 Motorsikal, Kata Ahli Parlimen PKR Ampang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s