Gerakan Gesa DAP Siasat Nga Kor Ming

tanSHAH ALAM: DAP perlu menjalankan satu siasatan dalaman berhubung isu membabitkan ahli parlimennya, Nga Kor Ming yang didakwa memuat naik dua posting di laman Facebook yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, walaupun Nga menafikan memuat naik posting berkenaan, DAP wajar mengambil tindakan proaktif kerana ia membabitkan isu sensitif yang berunsur penghinaan kepada agama lain.

“Mereka (DAP) perlu mengambil siasatan dalaman kerana ini satu perkara serius. Sama ada buat (muat naik) atau tak buat, itu satu perkara lain, tapi mereka kena siasat dan tak boleh berdiam diri dalam hal ini.

“Ini kerana perkara ini telah menjadi isu yang amat besar dan mengganggu ketenteraman awam,” katanya kepada Antarapos.

Kata Tan, jika benar posting kontroversial itu dimuat naik penyokong Nga seperti yang didakwa Ahli Parlimen Taiping itu, maka pemimpin itu perlu mengambil tindakan tegas terhadap pengendali laman Facebook tersebut.

“Saya sendiri terkejut kerana laman Facebook itu telah lama aktif dan ia seperti laman Facebook beliau sendiri. Beliau pun tidak bantah dan halang pihak tersebut, malah laman itu mempunyai ‘likes’ sehingga lebih 400 ribu, takkan beliau tak tahu siapa yang kendalikan laman itu,” soal Tan.

Mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang menuntut permohonan maaf Nga, ujar Tan, ia terpulang kepada pemimpin DAP itu kerana hanya dirinya yang tahu mengenai perkara sebenar.

“Apa yang penting adalah Nga Kor Ming harus memberi kerjasama penuh kepada pihak polis, tidak kira sama ada beliau buat atau tidak,” ujar beliau lagi.

Semalam sekumpulan 200 penyokong Umno mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat kebangsaan DAP bagi menyerahkan memorandum protes terhadap Nga yang didakwa mengguris perasaan orang Islam menerusi posting di Facebook.

Nga minggu lalu didakwa memuat naik dua status bergambar yang menyamakan pemberian duit raya sebagai ‘dedak’ selain mengucapkan Selamat Hari Raya berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat dengan tangan berdoa berimejkan rumah api yang merupakan simbol agama Kristian.

Beliau bagaimanapun menafikan memuat naik posting berkenaan dan mendakwa menjadi mangsa fitnah politik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang menyiasat Nga di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948, selepas menerima beberapa laporan polis mengenai posting berkenaan – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s